5Januari 2009 esok hari tentunya merupakan satu detik yang bersejarah buat Ma'ahad Ar-Rahmah dan Madrasah Al-Rahmat kerana mampu bertahan hingga hari ini tanpa bantuan kerajaan dan hanyalah pertolongan Allah swt melalui sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap institusi pendidikan agama di Melaka ini. Meskipun menghadapi pelbagai kesulitan dan kesukaran, namun Ar-Rahmah tetap bertahan hingga ke hari ini Ar-Rahmah bakal mempunyai generasi ke 10 bagi pelajar tingkatan 1 2009. Sunggu mengharukan dan penulis sebagai generasi ke 5 mengharapkan agar adik-adik terus meningkatkan prestasi pembelajaran dan yang paling penting akhlak yang mana ia merupakanperkara yang paling ditekan oleh Mudir Ar-Rahmah. Penulis suka memetik kata-kata Mudir penulis semasa ucapannya, malah, sudah beberapa kali beliau mengungkapkan ayat ini, "kita mungkin tidak dapat melahirkan prestasi akedamik yang tinggi dan cemerlang seperti sekolah-sekolah yang lain (adapun begitu, Ar-Rahmah tetap telah melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akdemik, meskipun kekuranagn fesilitis berbanding sekolah kerajaan, dan agama sehingga ada pelajar Ar-Rahmah merupakan pelajar terbaik STAM di Kelantan ), namun apa yang paling penting kita menekankan akhlak dan jiwa pelajar yang takut kepada Allah swt." Ar-Rahmah menekankan aspek akhlak pelajar seiring dengan pembelajaran agama dan akademik mereka.
Sehingga kini, Ar-Rahmah telah pun melahirkan pelajarnya yang berjaya menempatkan diri di Universiti Al-Azhar dan universiti tempatan yang lain. Dan pada 16/17 hb Januari 2009, 24 orang pelajar Ar-Rahmah bakal menempatkan diri di institusi pengajian di sana untuk mengambil STAM bagi generasi ke 5 pula di mana generasi ini merupakan generasi yang paling ramai bakal menduduki peperiksaan STAM di Kelantan. Urusan pengambilan STAM di Kelantan banyak diuruskan oleh Mudir kami yang prihatin terhadap arah tuju pelajarnya. Kami tidaklah dibiarkan sendirian untuk membina arah tuju kami, tetapi dibantu oleh Mudir yang prihatin terhadap masa depan pelajarnya. Sudah pasti besar harapan beliau melihat kami berjaya membentuk peribadi dan pembelajaran kemudian mencurahkan dan dimanfaatkan kepada masyarakat terutamanya masyarakat di bumi Melaka ini.
Maka, buat adik-adik yang bakal menyertai warga Ma'ahad Ar-Rahmah, penulis berbesar hati ingin mengucapkan selamat menempuhi perjuangan dalam membina sahsiah diri dan halatuju anda di bumi Ar-Rahmah juga tanah yang telah di waqafkan menjadi Ma'ahad Ar-Rahmah, maka, bumi waqafan...hehehe...Selamat Datang...."datang kami tak panggil, pergi kami tak halau"....
ketahuilah barisan alumni Ar-Rahmah sudi bersama kalian untuk menghadapi cabaran hidup anda wahai adik-adikku~ moga generasi kalian membuahkan hasil yang ranum buat Ar-Rahmah.
catatan senior almSlul Hannani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan