Sabtu, 14 Mac 2009

Mais haramkan lagu Agnes Monica


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan lagu ‘Allah Peduli’ nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica daripada disiarkan di Selangor kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam selain penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu terbabit.


Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.

“Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam.

“Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai lagu yang mencetuskan kontroversi ‘Allah Peduli’ nyanyian Agnes yang beragama Kristian, malah ia pernah disiarkan menerusi ruangan hiburan akhbar Metro Ahad 8 Mac lalu.

Malah dalam lagu terbabit, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘Sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu tiga minit 40 saat itu.

Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.

“Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,” katanya.

sumber : harian metro

HALAQAH IPG: Di sini kami muatkan lirik lagu tersebut untuk dinilai oleh semua mahasiswa IPG:

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab
Allah Yesus ku mengerti


dipetik dari :http://igpis.blogspot.com/2009/03/mais-haramkan-lagu-agnes-monica.html

terkenang pada Nilai Pendidik

Selesai menunaikan tangunggangjawab dan tugasan, penulis bersiar-siar di alam maya. Melihat info-info terkini dan pelbagai lagi. Sempat juga penulis menjenguk friendster penulis yang sudah di private kan. Menjenguk sahabat-sahabat penulis yang masih rajin untuk ber friendster. Penulis menjengah ruang friendster tenaga pendidik yang pernah mentarbiyah penulis semasa mula memasuki usia awal remaja, beliau menyatakan hari bahagia beliau yang bakal ditempuhi tidak lama lagi, terserempak dengan fesi dan sahabat seperjuangan semasa program My Smac08. Juga terjumpa gambar-gambar hari bahagia manusia yang banyak mentarbiyah penulis melalui program-program yang dihadiri penulis sejak mula memasuki usia remaja hingga penulis menjadi calon spm, masih setia beliau dalam mendidik jiwa anak remaja, termasuk penulis dan sahabat-sahabat penulis. Terus terang bagi penulis, melihat hari bahagia pendidik yang mentarbiyah penulis sejak kecil hingga saat ini turut memberi kesan dalam diri penulis sebagai anak didik mereka. Meskipun bukanlah di labelkan sebagai guru formal yang mengajar dalam kelas, hanya sekadar di dalam program dan tamrin, namun ajaran mereka penulis layakkan setaraf dengan guru yang mengajar penulis di institusi pengajian, kerana, dengan tarbiyah mereka, inilah penulis, yang masih memiliki nikmat Islam, mereka lah yang turut memberi kesan dalam mentarbiyah dan membentuk fikrah dan jiwa penulis sebagai seorang yang memiliki nikmat Islam, meskipun sehari dua ajaran mereka, namun kesannya amat berharga. Maka tak hairan bagi penulis mengganggap mereka setaraf dengan taraf kehormatan penulis terhadap guru penulis di institusi pengajian, jika di sekolah dahulu, penulis menganggap guru umpama ibu ayah yang wajar dihormati demi mencari keberkatan,maka itu la taraf pendidik yang mentarbiyah penulis di program umpama tamrin dan kem meskipun sehari dua cuma! Maka, melihat kebahagian mereka, turut membahagiakan penulis, layaknya mereka mendapat kebahagian itu atas segala jasa mereka mendidik generasi muda yang memegang title muslim/muslimah.
Sekiranya penulis menghargai pendidik penulis di program tamrin atau kem, sudah pasti penulis akan memastikan penulis menghargai dan menghormati tanaga pendidik penulis yang bergelar guru penulis di alam persekolahan. Meskipun sering mendapat guru baru setiap tahun, namun, taraf mereka sama kerana mereka pendidik.
Maka betapa berharga pendidik dalam hidup penulis yang tak lari dari keperluan dalam didikan dan tarbiyah. Mudahnya menyebut tarbiyah,namun untuk kesanggupan dalam melakukannya adalah satu nilai yang tinggi.


Kepada sume tenaga pendidik diri penulis dan sahabat seperjuangan dari Maahad Ar-Rahmah Melaka, My Soff01 dan lain2,
JazakumuLLAHU khairan kathira..

TAHNIAH KEPADA KAK AINA DAYANA HILMI YANG BAKAL MENJADI PERMAISURI RUMAH TANGGA =)

TAHNIAH ATAS PERNIKAHAN DAN BAKAL MENDAPAT AHLI BARU DALAM KELUARGA BAHAGIA..
akh Muharam Rahim N Kak Farahanin

Pada umi abah,setinggi penghargaan buat kalian berdua yang memastikan kami mendapat didikan yang selayaknya sebagai muslim/muslimah.

Mereka bak sakura yang berkembang mekar memberikan keindahan, jikalau mereka gugur seperti sakura pula yang berguguran dengan indahnya,
Allahumma amit na `alaa syahaadati fii sabiilik...

Khamis, 5 Mac 2009

22FEB2009 VS 5MAC09

sALAM Sejahtera pembuka penulisan ...
Meskipun dalam kesempitan dan kekalutan waktu,
sebagai seorang adik kepada 2 orang kakak kandung ku
teringin benar untuk mengucapkan
Selamat Hari Lahir yang ke 20 dan 19..
buat kak 'IzzAH dan Kak ZakiAH,
jazakumuLLAH khairan kathira atas segalanya menjdai kakk ana selama ini..
dan smoga Allah merahmati kalian berdua...maaf lambat men'wish"...

menyentuh keadaan disini, semalam,4 mac telah berlangsing PESKO Pesta sUKAN dan Kokurikulum di Ma'ahad ana....meskipun tidak dapat menyertainya seratus peratus atas sebb tertentu, namun pengalaman ini sangt bermakna bagi penulis..
Hal ini kerana, kerjasama yang ditonjolkan oleh rakan seperjuangan sehingga gerai Bahasa Arab yang dikendalikan oleh kami berjaya meraih gelaran gerai terbaik..trima kasih pada ustaz/ustzah..
turut berlangsung pd hari yang sama ialah pertandingan kuiz bahasa arab di UM Nilakm Puri..
segala yang berlangsung pada hari semalam melakar sejarah buat penulis dan MUNGKIN bakal diceritakan pada masa akan datang..
akhir kata, salam najah buat semua dunia dan akhirat..
waLLAHUa'alam..
APE yg Penting? Kerjasama.
Wahdah pengekuh keutuhan ummah..

(tema bulan dakwah di kelantan...menarik untuk diceritakan berkongsi bersama kerana penulis terlibat sebagai penonton acara perasmian bulan dakwah di kelantan..sungguh mengujakan..) =)