Jumaat, 12 Jun 2009

Sultan Muhammad al-Fateh & Pembukaan Costantinople

fatih

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada hari pertama solat Jumaat. Tmbullah pertanyaan siapakah yang layak untuk menjadi imam. Baginda telah mengarahkan tenteranya untuk berdiri, kemudian mengajukan 3 soalan :

  1. Siapakah antara kita sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali? Sila duduk. Semua tenteranya masih lagi berdiri.
  2. Siapakah antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat Rawatib? Sila duduk. Sebahagian tentera baginda duduk.
  3. Siapakah antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat Tahajjud walaupun satu malam ? Sila duduk. Semua tentera duduk kecuali baginda

Subhanallah inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang pemimpin dan tenteranya yang terbaik. Inilah mereka yang dimaksudkan Rasulullah saw.

alfateh11

Tetapi sekarang siapakah pengganti mereka untuk menegakkan kembali kalimah Alla di muka bumi ini ? Pastikan kita semua ya ikhwah bakal mengganti mereka. Insya-Allah.

http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

http://mohamadazranfaris.wordpress.com/2009/06/01/siapakah-sultan-muhammad-al-fatih/

http://mysoff01.blogspot.com/2009/06/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan.html

Khamis, 11 Jun 2009

LANGKAH TERCIPTA - IA BERMULA DAN MELANGKAH KEMBALI


UNIC - Langkah Tercipta_2.MP3 -

LangKah TeRciPta-UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH…
Pimpinlah d
iriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan la
ngkah,
perjuangan ini,

cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
kepadaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.....



esok adalah hari berangkatnye penulis meneruskan perjuangan sebagai seorang penuntut di sana..bukan sekadar menuntut di sana, turut memegang amanah yang besar di sana..pengIslahan wajib bagi diri penulis walaupon terkadang penulis jatuh dalam menunaikan amanah itu~jatuh akibat ujian yang dihadapi-lemah semanga t mengharungi~terasa ingin melepaskannye, buang amanah itu jauh dari pegangan penulis, lalu membiarkannye begitu sahaja, maka berlaku perkara buruk yang dialami penulis~mungkin itu balasan penulis~
Cuti ini, pulang ke pangkuan keluarga, kediaman rasmi penulis, bertemu abah umi, umi abah di Ar-Rahmah, keluarga, rakan-rakan seperjuangan penulis, pembimbing di dalam siri program tarbiyah yang diikuti penulis. Pertemuan yang menjadi antara penguat semangat penulis dalam mengharungi perjuangan di sana nanti, selain pergantungan dan pengaduan kepada yang Maha Satu..........banyak menyedarkan penulis......



Moga kesedaran ini bukan hanya kesedaran, malah ia membawa kepada penyusunan gerak kerja dan perlaksanaan lantaran daripada kesedaran itu...takut penulis jika kesedaran ini, kekuatan dan suntikan semangat ini hanya sementara sahaja....kuat la dalam mengharungi dan menjalankan amanah ini!


ALLAH…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan
hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
kepada
Mu ku meminta.




"ingat....aku tak keseorangan.."
"buat penyuntik semangat ku di MadinatulAhlam, peristiwa perkongsian malam tadi adalah berharga buat aku, terimakasih kerana mendengar dan menyuntik bius semangat..smoga tak jemu meniupkan semangat ku di sini..selamat berjuang di sana..doaku mengiringi mu"

Khamis, 4 Jun 2009

PULANG KE MELAKA - cuti bulan 5

3 JUN 09 RABU :Cuti kali ini pulang agak lewat untuk menghadiri kelas tambahan selama 3 hari bermula hari ahad sehingga hari selasa. Rabu,hari penulis pulang ke Melaka dengan menaiki keretapi. Siap sedia sedari awal, sahabat-sahabat penulis sudah berkemas-kemas beg sejak hari Jumaat lagi..nampak semangat nye mereka untuk pulang kembali ke Bandaraya Warisan Dunia, almaklum, kampung halaman, tanah tumpah darah ,tak sabar untuk balik jumpe family setelah 3 bulan berjauhan..huwahuwa~
Penantian satu penyeksaan, itu la yang dirasai oleh kami di asrama pada waktu pagi, menunggu saat ke stesen keretapi petang itu.
Penulis sempat ke Sentosa (kedai kek) untul membeli sebarang dua buat family penulis di Melaka selain 'sebarang' makanan untuk dijadikan pengisi perut di train nanti..

Trek Keretapi KTM Segamat Pictures, Images and Photos
6.13ptg:sampai awal di stesen keretapi Wakaf Bharu, Kelantan walaupun cuaca agak basah..
(cuaca yang basah ini bagai menggambarkan tempat ini sedih dengan pemergian kami dari Kelantan..jgn riso, kami balik Klate balek la..seminggu je kat Melaka..ahaha,prah santan lak..)
Stesen Keretapi Kuala Kangsar Pictures, Images and Photos
JazakaLLAH khairan jaza' kepada ustaz Zai n Pok Mat atas bantuan menghantar kami ke stesen dalam keadaan hujan gerimis...
Penantian satu penyeksaan, kami perlu tunggu sehingga jam tepat menunjukkan 6.45ptg,barulah keretapi sampai ke stesen keretapi Wakaf Bharu inieh..bertemankan sahabat2 penulis yg lain dan juge ustaz S/U STAM (Us Zainuddin Halimi Che Mohamad) diiringi anak2 beliau yg kepingin melihat keretapi..almaklum,kanak2 riang ria mereka inieh~ Sering bersama 'Abi' mereka...Perjalanan masuk ke dalam keretapi agak sukar kerana ramai manusia yang turut masuk ke dalam ketapi..ditambah beratnye beg penulisan, walaupon sedikit beg yang penulis bawa, tapi, 2 beg itu dimanfaatkan sepenuhnye sehingga beg itu padat dan berat dan penulis pon hampir tak larat bawak beg itu. Seb baik ditolong sahabat2 penulis yg sedia membantu..sorry, menyusahkan ..mereka telah menunjukkan konsep ta'aun dalam sesebuah ukhwah..
((واستعینوابالصبروالصلاۃ وانہالکبیرۃ الاعلی الخاشعین)){البقرة ٤٥}
sit penulis agak berjauhan dengan tempat sahabat penulis, sit sahabat penulis itu adalah sit seorang lelaki..ohho, sungguh tak keruanlah sahabat penulis itu jika dilihat dari mata penulis, sungguh tak selesanya die dengan keadaan ituh..maka,sudah tentu pertukaran tempat antara sit penulis dengan lelaki itu adalah antara jalan penyelesaian nye, soalnye,siapekah yang mau tanye dengan orang itu?oh tidak, agak menakut kan~penulis cuba mengumpul kekuatan untuk menanyakan kebenaran/keizinan menukar tempat itu dengan orang asing ituh~ tanpa disedari, sahabat penulis yang lain telah mendahului penulis untuk bertanya, pasti beliau tak sanggup melihat sahabat nye berada terus dalam kekalutan di hadapan orang ituh yang sungguh rase tak selesa..keberanian dan tindakan yang penulis 'respek' kepada beliau..respon orang itu baik, "oh,boleh, no problem"..sungguh,beliau menggambarkan beliau merupakan sahabat yang sejati~sanggup membantu sahabat beliau ketika saat sukar,membantu penulis mengangkat barang dan menyelesaikan masalah sahabatnye yang lain,sebelum ini,itulah sifat yang ada dalam jiwa beliau..muhasabah diri penulis, "aku pon x sehebat die dalam menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2 aku yang lain..kepada saudara seIslam aku yang lain..op..hina nye aku..baiki2~"

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

....................................................................................................................

Perjalanan diteruskan dengan selesa, walaupon tanpa sweaters penulis, mungkinkah menjadi beku penulis ini? oh tidak, alhamduliLLah,badan penulis tahan lasak, tak de la rase sejuk amat....

Perjalanan menaiki keretapi untuk pulang ke Melaka : perjalanan selama 12 jam untuk sampai ke Tampin, takde la teruk sangat,lebih selesa dari menaiki bas. Cuma perjalanan menaiki keretapi memakan masa yang lebih lama dari menaiki bas,hanya 11 jam atau kurang untuk tiba ke destinasi =Melaka. Dari Tampin ke Melaka penulis menumpang kenderaan sahabat penulis, memakan mase selama 1 jam setengah.

"Kalo balik Melaka lepas nieh,aku taknak naik train lagi kecuali bile takde sape lagi yang nak naik bas, baru la aku balik naik train, takkan aku nak balik naik bas sorang2.."

Perselisihan Pictures, Images and Photos

Setelah menyinggah dan bersinggah di beberapa tempat perhentian (Stesen Keretapi Tampin, Masjid ? , rumah Dalia-jazakiLLAH atas layanan di rumah enti ) akhirnya pada jam 8.30 pg sampailah penulis ke kediaman rasmi penulis di Jasin..oh banyak yang berubah terutamanya bilangan ahli dalam rumah kami..kucing ku sudah beranak lagih~maka kucing ku yang cumels itu sudah menambahkan ahli penduduk rumah kami dengan jayanya. Kucing = 9.
"alhamduliLLAH! Sampai juga aku di rumah ini! Kangen baghat!"
Maka setelah sampai ke rumah kediaman rasmi penulis, pelbagai perkaralah yang dialami penulis...sempat mendengar berita terkini dari adik2 penulis..
Malamnye~baru melihat peti mesej.
"jd fesi program AMAR???ESOK???"
hem..yang penting, penulis sudah tiba ke kediaman rasmi penulis dengan jayanya. AlhamduliLLAH..Setiap langkah perjalanan penulis semalam dan hari ini menjadi pengajaran bagi penulis untuk menjaga diri dengan sebaiknye,jgn buat keje sendiri2, life in jama'ah, baru selamat...tq..


Pengakuan saintis mengenai cara tidur Nabi Muhammad s.a.w


ORANG dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan. Insya Allah.

http://promsj.blogspot.com/2009/05/pengakuan-saintis-mengenai-cara-tidur.html