– Perjalanan dakwah kita masih panjang. Mari mengingat sedikit sirah…untuk melunakkan hati kita yang mungkin telah menjadi keras dengan kemaksiatan yang telah kita lakukan (nau’dzubillah). Mengingat kembali betapa Rasulullah yang mulia sangat mencintai kita. Sehingga tak layak bagi kita yang tingkat ketaqwaannya jauh dari Rasulullah untuk memikirkan cinta selain pada-Nya dan selain pada Rasulullah shalallahu’alaihi wassallam. Mari kita mulai kembali perjalanan dakwah ini dengan penuh kerinduan pada Rasulullah dan kebersihan hati serta ketakutan pada pengawasan Allah Yang Maha Menyaksikan –
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang yang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.
Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
“Allaahumma Shalli wa sallim ‘alaa sayyidinaa Muhammadin Al faatihi lima ughliqa wal khaatimi limaa sabaqa wanaashiril haqqi bil haqqi walhaadii ilaa shiraathal mustaqiimi wa’alaa aalihi wa shahbihi haqqa qadrihi wa miqdaarihil azhiimi…”
“Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamatan atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yg membuka apa yang tertutup dan menutup segala yang dahulu, penolong yang hak dengan yg hak dan yg menunjukan kejalan yg benar, dan kepada para keluarga dan sahabatnya hingga pangkat dan kekuasaannya yg besar,amin”
Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu di akhirat
saya: SALAM MAULIDURRASUL SAW...sudah kali ke berapakah kita menyambut kelahiran baginda saw ini? pastikan kita mencintai baginda dan melaksanakan sunnah baginda.. :)
-di dalam kitab sirah nabawiyah karangan Syeikh Ali Mansur menceritakan bahawa Abu Lahab telah menyembelih 100 ekor unta dan menjamu kaum kerabat dan pembesar-pembesar Quraisy di atas kelahiran nabi. Abu Lahab merupakan bapa saudara baginda yang paling gembira sekali di atas kelahiran nabi, walaupun kemudiannya dialah di antara penentang paling kuat baginda.Begitu juga dengan Abu Talib, sangat mencintai nabi saw, menjaga baginda sedari kecil, namun tidak mengkuti sunnah baginda..
maka, seharusnya kita mencintai baginda saw dalam masa yang sama, mengikuti dan mempertahankan sunnah baginda saw, janganlah seperti abu lahab dan abu talib yang hanya mencintai baginda namun tidak mengikuti dan mempertahankan sunnah RasuluLLAH SAW...waLLAHU a'alam :)
Pagi-pagi, semasa menguruskan urusan di dapur sambil-sambil mendengar suara radio berkumandang maka terlintaslah kalimah ketulusan hati difikiran apabila DJ radio menyebutnye.. "apakah makna ketulusan hati?" tanye DJ radio itu kepada rakan setugasnye.. jawab rakan setugasnye yang keudara pada saat itu, " ketulusan hati itu adalah tahap keikhlasan yang amat-amat tinggi".. maka DJ itu berkata "apakah ketulusan hati atau keikhlasan ini dapat dilihat, jawabnye,sudah tentu tidak, kerana ikhlas ini hanya dinilai oleh ALLAH SWT, terkadanng mungkin kita boleh menyedari ketulusan hati seseorang itu apabila melihat wajahnya~"
Untuk melihat makna ikhlas ini dari pelbagai definisi, maka saya telah mencarinya di dalam enjin pencarian ;)
Ikhlas ertinya mengharapkan ridha Allah Subhanahu wa Ta'ala semata dan tidak menginginkan selainnya. Keikhlasan ini merupakan implementasi dari syahadat لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ.
Hudzaifah Al-Mar’asyi mengatakan: “Ikhlas adalah keseimbangan antara perbuatan lahiriah dan batiniah seorang hamba.”
Abu Qashim Al-Qusyairi menjelaskan: “Ikhlas adalah mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ketaatan yang hanya bertujuan untuk-Nya. Yakni dengan ketaatan yang dilakukannya itu, dia ingin mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bukan kepada selain-Nya, seperti berbuat karena makhluk, mencari pujian orang, senang mendapatkan pujian, atau segala makna yang tidak untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.”
Abu Muhammad Sahl bin Abdullah rahimahullahu menjelaskan: “Orang-orang berilmu telah melakukan penggalian dalam menafsirkan keikhlasan. Dan mereka tidak menemukan (makna lain) selain: Gerak dan diamnya seseorang, baik ketika sendirian atau bersama orang lain, hanyalah untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala semata, dan tidak dicampuri oleh keinginan hawa nafsu dan dunia.” (Al-Adzkar karya Al-Imam An-Nawawi hal. 5)
Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan:(Ikhlas merupakan lawan syirik. Barangsiapa tidak ikhlas, dia adalah seorang musyrik. Namun kesyirikan itu memiliki tingkatan-tingkatan. Keikhlasan di dalam ketauhidan lawannya adalah kesyirikan di dalam uluhiyyah. Dan kesyirikan itu ada yang tersembunyi dan ada yang nyata. Begitu juga keikhlasan.) (Mukhtashar Minhajul Qashidin, hal. 366)
Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar mereka mengikhlaskan agama untuk Allah yaitu agama yang lurus, mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah: 5) [[dipetik dari http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=73114]]
Ulama’ terdahulu membahagikan ikhlas itu kepada dua, berdasarkan matlamat amalan yang dilakukan:
Maksud ikhlas beramal ialah keikhlasan mengerjakan amalan / ibadat semata-mata untuk mencapai matlamat :
menghampirkan diri dan hati (taqarrub) dengan Allah Taala; menjunjung tinggi atau mengagungkan perintah Allah Taala; merelakan atau memperkenankan seruan Allah Taala. Matlamat-matlamat pencapaian ibadah tersebut adalah selari dengan dorongan ijtihad dan iktikad yang betul dan selaras dengan firmah Allah yang mafhumnya:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Surah Al-An'am: 162) Amalan yang dikerjakan secara ikhlas beramal ini kosong daripada niat mengharapkan sesuatu pulangan atau balasan manfaat, sama ada di dunia maupun di akhirat. Malah amalan itu sampai tidak dikehendaki dapat dilihat oleh iblis agar tidak diganggu-gugat atau dirosakkan oleh musuh manusia itu dan tidak juga dikehendaki dapat dilihat dan dicatatkan oleh malaikat. Hendaknya biarlah amalan itu termasuk dalam ilmu Allah sahaja. Inilah darjat ikhlas yang paling tinggi.
Niat ikhlas beramal hendaklah serentak dengan bermulanya amalan yang dikerjakan dan hendaklah berterusan. Tidak termasuk dalam ikhlas beramal, jika niatnya terkemudian atau selepas amalan.
Lawan ikhlas beramal ialah nifaq, iaitu iktikad dan perlakuan orang munafik yang berpura-pura menghampirkan diri kepada Allah tetapi sebanarnya mengaitkan amalannya dengan yang lain daripada Allah. Nifaq itu membatalkan amalan, sekali gus terkeluar jauh daripada lingkungan qurbah dengan Allah Taala.
Ikhlas Menutut Pahala :
Maksud ikhlas menuntut pahala pula ialah mengharapkan pulangan atau manfaat akhirat iaitu pahala untuk menempah hidup bahagia di syurga dan untuk dijauhkan daripada seksaan (azab) di neraka, iaitu sebagai ganjaran daripada amalan ibadat / kebajikan yang dikerjakan. Matlamat ini selari dengan firman Allah yang mafhumnya :
Katakanlah : “Sesungguhnya aku takut , jika aku mendurhakai Tuhanku, akan azab hari yang besar. (al-An’am : 15) Lawan ikhlas menuntut pahala ialah riya’, iaitu mengharapkan manfaat jangka pendek di dunia yang lumrahnya datang daripada manusia atau makhluk Allah yang lain. Riya’ merupakan penyakit kalbu yang merosakkan ikhlas lantas memusnahkan amalan.
Dalam menghuraikan perbezaan di antara dua jenis ikhlas tersebut, Imam al-Ghazali mengatakan : “Ikhlas beramal itu semata-mata menjadikan amalan itu sebagai wahana untuk bertaqarrub dengan Allah Taala dan tidak menuntut sesuatu yang lain. Manakala ikhlas menuntut pahala itu lebih mengharapkan amalan diterima oleh Allah di samping mengingini ganjaran pahalanya.
Para Hawariyyun (pengikut-pengikut nabi 'Isa a.s.) bertanya kepada nabi 'Isa a.s, "Bagaimanakah orang-orang yang ikhlas itu dengan amalan mereka?".
Nabi 'Isa a.s. bersabda, "Mereka beramal kerana Allah dan tidak berhajat kepada pujian daripada manusia".
Membicarakan tentang ikhlas, para ulama mengaitkannya dengan amalan berikut:
1. ibadat zahir (amalan jasmaniyah / khususiyah), seperti sembahyang, puasa, haji, umrah dan sebagainya. Dalam ibadat zahir ini diperlukan kedua-dua jenis ikhlas tersebut (ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala). 2. ibadah batin (amalan batiniyah), iaitu seperti jujur, amanah, setia, tafwidh dan sebagainya. Tidak timbul soal ikhlas dalam ibadat batin ini, kerana sifatnya sendiri sudah merupakan ciri ikhlas. Tanpa ikhlas tidak wujud sifat jujur, misalnya. Dalam ibadat ini akan timbul nifaq dan riyak apabila pengamalnya mengharapkan manfaat dunia, untuk mendapat pujian, sanjungan dan penghormatan manusia. 3. amalan harus yang dikerjakan untuk membantu kerja ibadat yang lain, khususnya ibadat zahir tersebut. Contohnya, makan, minum, tidur dan sebagainya. Dalam ibadat ini hanya terdapat ikhlas jenis yag kedua sahaja, iaitu ikhlas menuntut pahala.
Menurut Imam al-Gazali: Dalam kebanyakan ibadat ada kaitan dengan kedua-dua jenis ikhlas_ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala. Ini termasuklah ibadat yang wajib dan sunat. Dalam ibadat yang harus yang dikerjakan untuk membantu ibadat wajib atau sunat, hanya terdapat sejenis ikhlas sahaja, iaitu ikhlas menuntut pahala. Kerana, ibadah yang harus itu bukan bertujuan qurbah , tetapi hanya untuk membantu atau membolehkan ibadah zahir atau amalan khususiyah itu dikerjakan.
Waktu niat ikhlas menuntut pahala boleh terkemudian daripada mengerjakan amalan yang berkenaan. Sebahagian ulama mengatakan, waktunya ialah sebaik-baik sahaja selesai mengerjakan sesuatu amalan. Ketika itulah ditentukan sesuatu amalan itu sama ada dikerjakan dengan ikhlas atau dengan riak. Sebab, riak sewaktu mengerjakan ibadat itu mungkin diubah kepada ikhlas selepas mengerjakan ibadat itu. Keihkhlasan ini diterima selagi matlamat riak belum tercapai. Umpamanya jika kita mengerjakan ibadat untuk mendapat pujian orang (satu contoh riak), selagi kita belum menerima pujian itu, kita boleh menukarkannya kepada ikhlas. Tetapi apabila sudah mendapat pujian (matlamat riak telah tercapai), maka terjatuhlah dalam riak dan sia-sialah ibadat itu.
Darjat ikhlas yang paling rendah :
Di samping ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala, ada satu lagi jenis ikhlas yang dikatakan paling rendah darjatnya. Ikhlas jenis yang ketiga ini khusus kepada niat mengerjakan amal ibadat untuk keselamatan diri dan keselesaan atau kesenangan hidup di dunia. Contohnya, mengerjakan shalat sunat hajat, shalat sunat istisqa’, membaca doa, ayat-ayat atau surah-surah tertentu dalam al-Qur’an semata-mata untuk mendapat manafaat segera duniawi daripada Allah swt (manfaat yang harus, tidak bercanggah dengan larangan agama, tetapi tidak termasuk matlamat ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala yang tersebut).
Kesimpulan :
Adalah wajib kita mengerjakan amal ibadat dengan ikhlas dan hendaklah sentiasa sedar, bahawa tergeraknya hati dan anggota kita mengerjakan ibadat itu adalah di bawah taufik dan hidayah Allah Taala. Dengan hal yang demikian, amalan kita, insya Allah, akan diterima dan disempurnakan pahlanya oleh Allah Taala. Sebaliknya, jika kita tidak ikhlas mengerjakan ibadat dan merasakan segala tindak-tanduk mengerjakan amalan yang baik itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri, maka kita terjatuh ke dalam riak dan ujub. Riak, ujub dan nifaq itu membinasakan amal ibadat yang berkenaan; sedangkan ikhlas sering menjernihkan kekeruhan segala amalan, menghapuskan ingatan dan keinginan kepada segala kesukaan dan kesenangan (kepentingan nafsu sendiri) dan mengekalkan perhubungan dengan Allah Taala, terutama kalau kikhlasan itu ikhlas beramal. Selain itu ikhlas juga menjadi benteng untuk mempertahankan diri daripada godaan atau tipu daya syaitan. Allah Taala berfirman, maksudnya :
Berkata (Iblis), ya Tuhabnku, oleh sebab Engkau telah memutuskan aku sesat, pasti aku menjadikan mereka memandang baik (terhadap perbuatan maksiat) di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali di kalangan hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) - (al-Hijr : 39 - 40). Juteru, amat besar kerugian yang akan menimpa mereka yang bukan mukhlis dan tidak ikhlas mengerjakan amal ibadat mereka. Virus riyak akan memusnahkan amalan mereka.
Setelah meneliti makna-makna dan definisi yang diberikan, maka saya mengambil masa untuk koreksi diri saya berkaitan ikhlas di dalam kehidupan saya selama ini..adakah selama ini saya ikhlas di dalam amal ibadah saya? sedangkan Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan ikhlas lawannya ialah syirik, maka sekiranya saya tidak ikhlas di dalam amal itu, adakah saya tergolong dari kalangan lawan ikhlas itu...wal'iyadzubiLLAH!...semoga cinta kami kepada DIA, TUHAN Sekalian alam ,amal dan gerak kerja kami di dalam perjuangan menegakkan Islam di muka bumi itu adalah tergolong di dalam ketagori ikhlas~amien