Sabtu, 14 Mac 2009

terkenang pada Nilai Pendidik

Selesai menunaikan tangunggangjawab dan tugasan, penulis bersiar-siar di alam maya. Melihat info-info terkini dan pelbagai lagi. Sempat juga penulis menjenguk friendster penulis yang sudah di private kan. Menjenguk sahabat-sahabat penulis yang masih rajin untuk ber friendster. Penulis menjengah ruang friendster tenaga pendidik yang pernah mentarbiyah penulis semasa mula memasuki usia awal remaja, beliau menyatakan hari bahagia beliau yang bakal ditempuhi tidak lama lagi, terserempak dengan fesi dan sahabat seperjuangan semasa program My Smac08. Juga terjumpa gambar-gambar hari bahagia manusia yang banyak mentarbiyah penulis melalui program-program yang dihadiri penulis sejak mula memasuki usia remaja hingga penulis menjadi calon spm, masih setia beliau dalam mendidik jiwa anak remaja, termasuk penulis dan sahabat-sahabat penulis. Terus terang bagi penulis, melihat hari bahagia pendidik yang mentarbiyah penulis sejak kecil hingga saat ini turut memberi kesan dalam diri penulis sebagai anak didik mereka. Meskipun bukanlah di labelkan sebagai guru formal yang mengajar dalam kelas, hanya sekadar di dalam program dan tamrin, namun ajaran mereka penulis layakkan setaraf dengan guru yang mengajar penulis di institusi pengajian, kerana, dengan tarbiyah mereka, inilah penulis, yang masih memiliki nikmat Islam, mereka lah yang turut memberi kesan dalam mentarbiyah dan membentuk fikrah dan jiwa penulis sebagai seorang yang memiliki nikmat Islam, meskipun sehari dua ajaran mereka, namun kesannya amat berharga. Maka tak hairan bagi penulis mengganggap mereka setaraf dengan taraf kehormatan penulis terhadap guru penulis di institusi pengajian, jika di sekolah dahulu, penulis menganggap guru umpama ibu ayah yang wajar dihormati demi mencari keberkatan,maka itu la taraf pendidik yang mentarbiyah penulis di program umpama tamrin dan kem meskipun sehari dua cuma! Maka, melihat kebahagian mereka, turut membahagiakan penulis, layaknya mereka mendapat kebahagian itu atas segala jasa mereka mendidik generasi muda yang memegang title muslim/muslimah.
Sekiranya penulis menghargai pendidik penulis di program tamrin atau kem, sudah pasti penulis akan memastikan penulis menghargai dan menghormati tanaga pendidik penulis yang bergelar guru penulis di alam persekolahan. Meskipun sering mendapat guru baru setiap tahun, namun, taraf mereka sama kerana mereka pendidik.
Maka betapa berharga pendidik dalam hidup penulis yang tak lari dari keperluan dalam didikan dan tarbiyah. Mudahnya menyebut tarbiyah,namun untuk kesanggupan dalam melakukannya adalah satu nilai yang tinggi.


Kepada sume tenaga pendidik diri penulis dan sahabat seperjuangan dari Maahad Ar-Rahmah Melaka, My Soff01 dan lain2,
JazakumuLLAHU khairan kathira..

TAHNIAH KEPADA KAK AINA DAYANA HILMI YANG BAKAL MENJADI PERMAISURI RUMAH TANGGA =)

TAHNIAH ATAS PERNIKAHAN DAN BAKAL MENDAPAT AHLI BARU DALAM KELUARGA BAHAGIA..
akh Muharam Rahim N Kak Farahanin

Pada umi abah,setinggi penghargaan buat kalian berdua yang memastikan kami mendapat didikan yang selayaknya sebagai muslim/muslimah.

Mereka bak sakura yang berkembang mekar memberikan keindahan, jikalau mereka gugur seperti sakura pula yang berguguran dengan indahnya,
Allahumma amit na `alaa syahaadati fii sabiilik...

Tiada ulasan: