Rabu, 14 Januari 2009

Menunggu masa ke Kelantan meneruskan perjalanan

Sudah lama rasanya tidak berposting di sini. Posting terakhir pun pada awal hari persekolahan dan kini masuk minggu kedua para pelajar sekolah memasuki alam persekolahan pada tahun 2009. AlhamduliLlah, pelajar tingkatan 1 ma'ahad tempat ana menuntut ilmu dahulu sudah selesai menjalani minggu orientasi anjuran AMAR (Alumni Ma'ahad Ar-Rahmah ).
Sepanjang minggu lepas, ana berpeluang bersama junior Ma'ahad Ar-Rahmah Generasi ke 10 ini sebagai seorang fesilatator yang terjum secara tiba-tiba. JazakaLlah kepada ketua fesi yang memberi kepercayaan kepada ana untuk menghadapi peluang ini. Sepanjang bersama mereka, ana selitkan harapan agar mereka mejadi generasi yang lebih mantoppp dari yang sedia ada. Minggu lepas juga menyaksikan ana membantu mereka design baju My Soff01 bersama ahli jama'ah yang lain. Urusan menjadi mudah apabila bersama jama'ah. Jam'ah itu rahmah. Sepanjang ana bersama minggu orientasi itu, tak lepas paa diri ana kesukaran untuk menghadapi beberapa slot yang disediakan. Dengan bimbingan sahabat yang lain, ana cuba melakukan yang terbaik, begitu juga semasa membantu mereka design baju My Soff01, barisan AJK My Soff01 dan warga My Soff01 memudahkan kerja bersama. Hasilnya ada di dalam blog My Soff01. Syukran ilaikum. JazakumuLLah khairan kathira.
Namun ana juga tak lepas dari tekanan pada minggu tersebut apabila hadirnya beberapa peristiwa yang tak hingin ana hadapi. Persoalan dalam diri ana, ana diamkan, dan hasilnya, ia berlarutan hingga sekarang dan saat ini. Adakah diam yang terbaik? Malas ana mahu menghadapinya, penat, ana masih ada tugas yang belum selesai dan perlu di fikirkan, dan ia berkaitan dengan jama'ah, maka ana tinggalkan peristiwa itu yang bersangkut paut dengan hati dan perasaan, sangka buruk? waLLahua'alam. tak mahu ana keadaan menjadi keruh namun peristiwa yang datang kepada ana memberi kesan. Kalau tak tahu hal sebenar, jangan menuduh melulu. jangan berburuk sangka sewenang-wenangnya.
Semua orang ada salah,namun jangan pula fikir diri sahaja yang betul. Jangan salahkan sebelah pihak sahaja tanpa mengetahui hal sebenmarnya di pihak tersebut. Jika baik sangka didahului, perkara tersebut takkan sampai pada ana petang semalam. Belajar ana untuk meningkatkan taraf untuk mengawal emosi diri. siapa yang bijak mengawal emosi adalah orang yang bijak! tahniah pada yang berjaya, moga-moga ana menyusuri kalian kelak.
Menunggu masa ke Kelantan meneruskan pengajian, pelbagai masalah yang melanda.

Mungkin ujian mengukur keimanan. Makin dekat harinya makin banyak datangnya perkara yang sukar ditanggung buat diri. 2 Sahabat ana misalnya excident kereta, kecederaan mungkin teruk~moga2 sihat wal'afiat, ada yang sibuk menyambut ahli baru dalam adik beradiknya,tahniah dan lain-lain. baru-baru ini semasa ana membeli barang untuk ke Kelantan, ana menghadapi satu lagi peristiwa. cuak dan sakit. menjadi pengajaran buat ana. lain kali tak nak buat lagi :p hem,sape yg nak kena macam tu ek? pun begitu ia berakhir dengan baik. selesi. ana fikir, ini ujian bagi ana, sahabat yang lain pon pasti ada ujian yang berlaku sebelum ke kelantan. maka, kuatlah kalian dan ana mengahdapinya. perjalanan baru bermula~ semoga berjaya menghadapinya.

12 hb Januari 09 menyaksikan akk ana menghadapi peperiksaan di Misr. tarikh yang mana ana juga mendapat kad bank Islam dan menutup akuan Wadiah. tanda ana semakin perlu menghadapi hidup secara lebih matang dan pandai mengurus diri kerana bakal tinggal jauh bersama kelaurga, selain itu, abah ana juga membli nombor baru untuk ana,sebelum ini ana memakai no bil ayah ana yang bayar dan ana yang pakai :p...dan kini, ana la yang menguruskan no ini. seiring itu, saat peperiksaan akk ana, ana ucapkan selamat maju jaya. mengenang peristiwa ahad sehari sebelum peperiksaan berlangsung, abah ana sempat menelefon akk ana itu. mungkin walidain risau dengan keadaan akk ana itu yang bagi ana akk ana itu tekanan :p.. bagaimana ana boleh memberi pandangan begitu??? sebab ahda itu ana berchatting dengan akk ana itu untukk bertanya persiapan ke kelantan, petang ahad itu ana akan membeli keperluan tersebut. setelah selesai berchatting hal persiapan,akk ana memberi kata-kata something ja bagi ana, cam ada yang tak kena je...lalu ana pon mengkhabarkan pada walidain, walidain tak teragak-agak menelefonnya dari Malaysia ini. itu ujian baginya dan bagi ana? hahaha,ana pong terasa sayu dengan keadaannya. moga2 mereka kuat mengahadapinya seiring bantuan Allah swt.
Dan mereka di Palestine, makanya ujian bagi kiita di zon sselesa ini baru sedikit cuma berbanding ujian yang di terima oleh pendududk di Palestine. Kiranya ujian ini pun kite penat,bagaimana kita mahu merangkul ujian serangan oleh yahudi la'natuLlah seperti di palestine. sedang mereka diserang secara zahir, kita diserang secara fikiran melalui hiburan.
berdoa, tindakan boikot dan demo, moga Islam tertegak dengan jayanya. wassalam.

1 ulasan:

Awrapurnama berkata...

hi2..
salam..
rupa2nya kakk ku lum letk kotak jerit..
najah ya..
study elok2..
do the best 30949548675x
lg baik dri sblm ni..
take care yah..
:D:D:D:D:D:D