Jumaat, 12 Jun 2009

Sultan Muhammad al-Fateh & Pembukaan Costantinople

fatih

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada hari pertama solat Jumaat. Tmbullah pertanyaan siapakah yang layak untuk menjadi imam. Baginda telah mengarahkan tenteranya untuk berdiri, kemudian mengajukan 3 soalan :

  1. Siapakah antara kita sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali? Sila duduk. Semua tenteranya masih lagi berdiri.
  2. Siapakah antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat Rawatib? Sila duduk. Sebahagian tentera baginda duduk.
  3. Siapakah antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat Tahajjud walaupun satu malam ? Sila duduk. Semua tentera duduk kecuali baginda

Subhanallah inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang pemimpin dan tenteranya yang terbaik. Inilah mereka yang dimaksudkan Rasulullah saw.

alfateh11

Tetapi sekarang siapakah pengganti mereka untuk menegakkan kembali kalimah Alla di muka bumi ini ? Pastikan kita semua ya ikhwah bakal mengganti mereka. Insya-Allah.

http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

http://mohamadazranfaris.wordpress.com/2009/06/01/siapakah-sultan-muhammad-al-fatih/

http://mysoff01.blogspot.com/2009/06/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan.html

Khamis, 11 Jun 2009

LANGKAH TERCIPTA - IA BERMULA DAN MELANGKAH KEMBALI


UNIC - Langkah Tercipta_2.MP3 -

LangKah TeRciPta-UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH…
Pimpinlah d
iriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan la
ngkah,
perjuangan ini,

cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
kepadaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.....



esok adalah hari berangkatnye penulis meneruskan perjuangan sebagai seorang penuntut di sana..bukan sekadar menuntut di sana, turut memegang amanah yang besar di sana..pengIslahan wajib bagi diri penulis walaupon terkadang penulis jatuh dalam menunaikan amanah itu~jatuh akibat ujian yang dihadapi-lemah semanga t mengharungi~terasa ingin melepaskannye, buang amanah itu jauh dari pegangan penulis, lalu membiarkannye begitu sahaja, maka berlaku perkara buruk yang dialami penulis~mungkin itu balasan penulis~
Cuti ini, pulang ke pangkuan keluarga, kediaman rasmi penulis, bertemu abah umi, umi abah di Ar-Rahmah, keluarga, rakan-rakan seperjuangan penulis, pembimbing di dalam siri program tarbiyah yang diikuti penulis. Pertemuan yang menjadi antara penguat semangat penulis dalam mengharungi perjuangan di sana nanti, selain pergantungan dan pengaduan kepada yang Maha Satu..........banyak menyedarkan penulis......



Moga kesedaran ini bukan hanya kesedaran, malah ia membawa kepada penyusunan gerak kerja dan perlaksanaan lantaran daripada kesedaran itu...takut penulis jika kesedaran ini, kekuatan dan suntikan semangat ini hanya sementara sahaja....kuat la dalam mengharungi dan menjalankan amanah ini!


ALLAH…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan
hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
kepada
Mu ku meminta.




"ingat....aku tak keseorangan.."
"buat penyuntik semangat ku di MadinatulAhlam, peristiwa perkongsian malam tadi adalah berharga buat aku, terimakasih kerana mendengar dan menyuntik bius semangat..smoga tak jemu meniupkan semangat ku di sini..selamat berjuang di sana..doaku mengiringi mu"

Khamis, 4 Jun 2009

PULANG KE MELAKA - cuti bulan 5

3 JUN 09 RABU :Cuti kali ini pulang agak lewat untuk menghadiri kelas tambahan selama 3 hari bermula hari ahad sehingga hari selasa. Rabu,hari penulis pulang ke Melaka dengan menaiki keretapi. Siap sedia sedari awal, sahabat-sahabat penulis sudah berkemas-kemas beg sejak hari Jumaat lagi..nampak semangat nye mereka untuk pulang kembali ke Bandaraya Warisan Dunia, almaklum, kampung halaman, tanah tumpah darah ,tak sabar untuk balik jumpe family setelah 3 bulan berjauhan..huwahuwa~
Penantian satu penyeksaan, itu la yang dirasai oleh kami di asrama pada waktu pagi, menunggu saat ke stesen keretapi petang itu.
Penulis sempat ke Sentosa (kedai kek) untul membeli sebarang dua buat family penulis di Melaka selain 'sebarang' makanan untuk dijadikan pengisi perut di train nanti..

Trek Keretapi KTM Segamat Pictures, Images and Photos
6.13ptg:sampai awal di stesen keretapi Wakaf Bharu, Kelantan walaupun cuaca agak basah..
(cuaca yang basah ini bagai menggambarkan tempat ini sedih dengan pemergian kami dari Kelantan..jgn riso, kami balik Klate balek la..seminggu je kat Melaka..ahaha,prah santan lak..)
Stesen Keretapi Kuala Kangsar Pictures, Images and Photos
JazakaLLAH khairan jaza' kepada ustaz Zai n Pok Mat atas bantuan menghantar kami ke stesen dalam keadaan hujan gerimis...
Penantian satu penyeksaan, kami perlu tunggu sehingga jam tepat menunjukkan 6.45ptg,barulah keretapi sampai ke stesen keretapi Wakaf Bharu inieh..bertemankan sahabat2 penulis yg lain dan juge ustaz S/U STAM (Us Zainuddin Halimi Che Mohamad) diiringi anak2 beliau yg kepingin melihat keretapi..almaklum,kanak2 riang ria mereka inieh~ Sering bersama 'Abi' mereka...Perjalanan masuk ke dalam keretapi agak sukar kerana ramai manusia yang turut masuk ke dalam ketapi..ditambah beratnye beg penulisan, walaupon sedikit beg yang penulis bawa, tapi, 2 beg itu dimanfaatkan sepenuhnye sehingga beg itu padat dan berat dan penulis pon hampir tak larat bawak beg itu. Seb baik ditolong sahabat2 penulis yg sedia membantu..sorry, menyusahkan ..mereka telah menunjukkan konsep ta'aun dalam sesebuah ukhwah..
((واستعینوابالصبروالصلاۃ وانہالکبیرۃ الاعلی الخاشعین)){البقرة ٤٥}
sit penulis agak berjauhan dengan tempat sahabat penulis, sit sahabat penulis itu adalah sit seorang lelaki..ohho, sungguh tak keruanlah sahabat penulis itu jika dilihat dari mata penulis, sungguh tak selesanya die dengan keadaan ituh..maka,sudah tentu pertukaran tempat antara sit penulis dengan lelaki itu adalah antara jalan penyelesaian nye, soalnye,siapekah yang mau tanye dengan orang itu?oh tidak, agak menakut kan~penulis cuba mengumpul kekuatan untuk menanyakan kebenaran/keizinan menukar tempat itu dengan orang asing ituh~ tanpa disedari, sahabat penulis yang lain telah mendahului penulis untuk bertanya, pasti beliau tak sanggup melihat sahabat nye berada terus dalam kekalutan di hadapan orang ituh yang sungguh rase tak selesa..keberanian dan tindakan yang penulis 'respek' kepada beliau..respon orang itu baik, "oh,boleh, no problem"..sungguh,beliau menggambarkan beliau merupakan sahabat yang sejati~sanggup membantu sahabat beliau ketika saat sukar,membantu penulis mengangkat barang dan menyelesaikan masalah sahabatnye yang lain,sebelum ini,itulah sifat yang ada dalam jiwa beliau..muhasabah diri penulis, "aku pon x sehebat die dalam menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2 aku yang lain..kepada saudara seIslam aku yang lain..op..hina nye aku..baiki2~"

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

....................................................................................................................

Perjalanan diteruskan dengan selesa, walaupon tanpa sweaters penulis, mungkinkah menjadi beku penulis ini? oh tidak, alhamduliLLah,badan penulis tahan lasak, tak de la rase sejuk amat....

Perjalanan menaiki keretapi untuk pulang ke Melaka : perjalanan selama 12 jam untuk sampai ke Tampin, takde la teruk sangat,lebih selesa dari menaiki bas. Cuma perjalanan menaiki keretapi memakan masa yang lebih lama dari menaiki bas,hanya 11 jam atau kurang untuk tiba ke destinasi =Melaka. Dari Tampin ke Melaka penulis menumpang kenderaan sahabat penulis, memakan mase selama 1 jam setengah.

"Kalo balik Melaka lepas nieh,aku taknak naik train lagi kecuali bile takde sape lagi yang nak naik bas, baru la aku balik naik train, takkan aku nak balik naik bas sorang2.."

Perselisihan Pictures, Images and Photos

Setelah menyinggah dan bersinggah di beberapa tempat perhentian (Stesen Keretapi Tampin, Masjid ? , rumah Dalia-jazakiLLAH atas layanan di rumah enti ) akhirnya pada jam 8.30 pg sampailah penulis ke kediaman rasmi penulis di Jasin..oh banyak yang berubah terutamanya bilangan ahli dalam rumah kami..kucing ku sudah beranak lagih~maka kucing ku yang cumels itu sudah menambahkan ahli penduduk rumah kami dengan jayanya. Kucing = 9.
"alhamduliLLAH! Sampai juga aku di rumah ini! Kangen baghat!"
Maka setelah sampai ke rumah kediaman rasmi penulis, pelbagai perkaralah yang dialami penulis...sempat mendengar berita terkini dari adik2 penulis..
Malamnye~baru melihat peti mesej.
"jd fesi program AMAR???ESOK???"
hem..yang penting, penulis sudah tiba ke kediaman rasmi penulis dengan jayanya. AlhamduliLLAH..Setiap langkah perjalanan penulis semalam dan hari ini menjadi pengajaran bagi penulis untuk menjaga diri dengan sebaiknye,jgn buat keje sendiri2, life in jama'ah, baru selamat...tq..


Pengakuan saintis mengenai cara tidur Nabi Muhammad s.a.w


ORANG dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan. Insya Allah.

http://promsj.blogspot.com/2009/05/pengakuan-saintis-mengenai-cara-tidur.html

Sabtu, 9 Mei 2009

ALLAH MENAMBAHKAN NIKMATNYA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR


Setiap orang sangat memerlukan Allah dalam setiap gerak kehidupannya. Dari udara untuk bernafas hingga makanan yang ia makan, dari kemampuannya untuk menggunakan tangannya hingga kemampuan berbincang, dari perasaan aman hingga perasaan bahagia, seseorang benar-benar sangat memerlukan apa yang telah diciptakan oleh Allah dan apa yang dikurniakan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan orang tidak menyadari kelemahan mereka dan tidak menyadari bahawa mereka sangat memerlukan Allah. Mereka menganggap bahawa segala sesuatunya terjadi dengan sendirinya atau mereka menganggap bahawa segala sesuatu yang mereka peroleh adalah Kerana hasil jerih payah mereka sendiri. Anggapan ini merupakan kesalahan yang sangat fatal dan benar-benar tidak mensyukuri nikmat Allah. Anehnya, orang-orang yang telah menyatakan rasa terima kasihnya kepada seseorang Kerana telah memberi sesuatu yang remeh kepadanya, mereka menghabiskan hidupnya dengan mengabaikan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya di sepanjang hidupnya. Bagaimanapun, nikmat yang diberikan Allah kepada seseorang sangatlah besar sehingga tidak seorang pun yang dapat menghitungnya. Allah menceritakan kenyataan ini dalam sebuah ayat sebagai berikut:

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. an-Nahl: 18).

Meskipun kenyataannya demikian, kebanyakan manusia tidak mampu mensyukuri kenikmatan yang telah mereka terima. Adapun penyebabnya diceritakan dalam al-Qur'an: Syaitan, yang berjanji akan menyesatkan manusia dari jalan Allah, berkata bahawa tujuan utamanya adalah untuk menjadikan manusia tidak bersyukur kepada Allah. Pernyataan syaitan yang mendurhakai Allah ini menegaskan pentingnya bersyukur kepada Allah:

“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. Allah berfirman, 'Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya'.” (Q.s. al-A'raf: 17-8).

Dalam pada itu, orang-orang yang beriman Kerana menyadari kelemahan mereka, di hadapan Allah mereka memanjatkan syukur dengan rendah diri atas setiap nikmat yang diterima. Bukan hanya kekayaan dan harta benda yang disyukuri oleh orang-orang yang beriman. Kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa Allah adalah Pemilik segala sesuatu, mereka juga bersyukur atas kesihatan, keindahan, ilmu, hikmah, kefahaman, wawasan, dan kekuatan yang dikurniakan kepada mereka, dan mereka mencintai keimanan dan membenci kekufuran. Mereka bersyukur Kerana telah dibimbing dalam kebenaran dan dimasukkan dalam golongan orang-orang beriman. Pemandangan yang indah, urusan yang mudah, keinginan yang tercapai, berita-berita yang menggembirakan, perbuatan yang terpuji, dan nikmat-nikmat lainnya, semua ini menjadikan orang-orang beriman berpaling kepada Allah, bersyukur kepada-Nya yang telah menunjukkan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Sebagai balasan atas kesyukurannya, sebuah pahala menunggu orang-orang yang beriman. Ini merupakan rahasia lain yang dinyatakan dalam al-Qur'an; Allah menambah nikmat-Nya kepada orang-orang yang bersyukur. Misalnya, bahkan Allah memberikan kesihatan dan kekuatan yang lebih banyak lagi kepada orang-orang yang bersyukur kepada Allah atas kesihatan dan kekuatan yang mereka miliki. Bahkan Allah mengaruniakan ilmu dan kekayaan yang lebih banyak kepada orang-orang yang mensyukuri ilmu dan kekayaan tersebut. Hal ini Kerana mereka adalah orang-orang yang ikhlas yang merasa puas dengan apa yang diberikan Allah dan mereka ridha dengan kurnia tersebut, dan mereka menjadikan Allah sebagai pelindung mereka. Allah menceritakan rahasia ini dalam al-Qur'an sebagai berikut:

“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda kedekatan dan kecintaan seseorang kepada Allah. Orang-orang yang bersyukur memiliki kesadaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah. Rasulullah saw. juga menyebutkan masalah ini, beliau saw. bersabda:

"Jika Allah memberikan harta kepadamu, maka akan tampak kegembiraan pada dirimu dengan nikmat dan kurnia Allah itu".[3]

Dalam pada itu, seorang kafir atau orang yang tidak mensyukuri nikmat hanya akan melihat cacat dan kekurangan, bahkan pada lingkungan yang sangat indah, sehingga ia akan merasa tidak berbahagia dan tidak puas, maka Allah menjadikan orang-orang seperti ini hanya menjumpai berbagai peristiwa dan pemandangan yang tidak menyenangkan. Akan tetapi Allah menampakkan lebih banyak nikmat dan kurnia-Nya kepada orang-orang yang ikhlas dan memiliki hati nurani.

Bahawa Allah menambah kenikmatan kepada orang-orang yang bersyukur, ini juga merupakan salah satu rahasia dari al-Qur'an. Bagaimanapun harus kita camkan dalam hati bahawa keikhlasan merupakan prasyarat agar dapat mensyukuri nikmat. Jika seseorang menunjukkan rasa syukurnya tanpa berpaling dengan ikhlas kepada Allah dan tanpa menghayati rahmat dan kasih sayang Allah yang tiada batas, tetapi rasa syukurnya itu hanya untuk menarik perhatian orang, tentu saja ini merupakan ketidakikhlasan yang parah. Allah mengetahui apa yang tersimpan dalam hati dan mengetahui ketidakikhlasannya tersebut. Orang-orang yang memiliki niat yang tidak ikhlas mungkin saja menyembunyikan apa yang tersimpan dalam hati dari orang lain. Tetapi ia tidak dapat menyembunyikannya dari Allah. Orang-orang seperti itu mungkin saja mensyukuri nikmat ketika tidak menghadapi penderitaan. Tetapi pada saat-saat berada dalam kesulitan, mungkin mereka akan mengingkari nikmat.

Perlu diperhatikan, bahawa orang-orang mukmin sejati tetap bersyukur kepada Allah sekalipun mereka berada dalam keadaan yang sangat sulit. Seseorang yang melihat dari luar mungkin melihat berkurangnya nikmat pada diri orang-orang yang beriman. Padahal, orang-orang beriman yang mampu melihat sisi-sisi kebaikan dalam setiap peristiwa dan keadaan juga mampu melihat kebaikan dalam penderitaan tersebut. Misalnya, Allah menyatakan bahawa Dia akan menguji manusia dengan rasa takut, lapar, kehilangan harta dan jiwa. Dalam keadaan seperti itu, orang-orang beriman tetap bergembira dan merasa bersyukur, mereka berharap bahawa Allah akan memberi pahala kepada mereka berupa surga sebagai pahala atas sikap mereka yang tetap istiqamah dalam menghadapi ujian tersebut. Mereka mengetahui bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kekuatannya. Sikap istiqamah dan tawakal yang mereka jalani dalam menghadapi penderitaan tersebut akan membuahkan sifat sabar dan syukur dalam diri mereka. Dengan demikian, ciri-ciri orang yang beriman adalah tetap menunjukkan ketaatan dan bertawakal kepada-Nya, dan Allah berjanji akan menambah nikmat kepada hambahamba-Nya yang mensyukuri nikmat-Nya, baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

_____________________________________

Nota:

3. Ramuz el-Hadis, jilid 1, hlm. 22.

Sabtu, 14 Mac 2009

Mais haramkan lagu Agnes Monica


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan lagu ‘Allah Peduli’ nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica daripada disiarkan di Selangor kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam selain penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu terbabit.


Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.

“Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam.

“Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai lagu yang mencetuskan kontroversi ‘Allah Peduli’ nyanyian Agnes yang beragama Kristian, malah ia pernah disiarkan menerusi ruangan hiburan akhbar Metro Ahad 8 Mac lalu.

Malah dalam lagu terbabit, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘Sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu tiga minit 40 saat itu.

Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.

“Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,” katanya.

sumber : harian metro

HALAQAH IPG: Di sini kami muatkan lirik lagu tersebut untuk dinilai oleh semua mahasiswa IPG:

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab
Allah Yesus ku mengerti


dipetik dari :http://igpis.blogspot.com/2009/03/mais-haramkan-lagu-agnes-monica.html

terkenang pada Nilai Pendidik

Selesai menunaikan tangunggangjawab dan tugasan, penulis bersiar-siar di alam maya. Melihat info-info terkini dan pelbagai lagi. Sempat juga penulis menjenguk friendster penulis yang sudah di private kan. Menjenguk sahabat-sahabat penulis yang masih rajin untuk ber friendster. Penulis menjengah ruang friendster tenaga pendidik yang pernah mentarbiyah penulis semasa mula memasuki usia awal remaja, beliau menyatakan hari bahagia beliau yang bakal ditempuhi tidak lama lagi, terserempak dengan fesi dan sahabat seperjuangan semasa program My Smac08. Juga terjumpa gambar-gambar hari bahagia manusia yang banyak mentarbiyah penulis melalui program-program yang dihadiri penulis sejak mula memasuki usia remaja hingga penulis menjadi calon spm, masih setia beliau dalam mendidik jiwa anak remaja, termasuk penulis dan sahabat-sahabat penulis. Terus terang bagi penulis, melihat hari bahagia pendidik yang mentarbiyah penulis sejak kecil hingga saat ini turut memberi kesan dalam diri penulis sebagai anak didik mereka. Meskipun bukanlah di labelkan sebagai guru formal yang mengajar dalam kelas, hanya sekadar di dalam program dan tamrin, namun ajaran mereka penulis layakkan setaraf dengan guru yang mengajar penulis di institusi pengajian, kerana, dengan tarbiyah mereka, inilah penulis, yang masih memiliki nikmat Islam, mereka lah yang turut memberi kesan dalam mentarbiyah dan membentuk fikrah dan jiwa penulis sebagai seorang yang memiliki nikmat Islam, meskipun sehari dua ajaran mereka, namun kesannya amat berharga. Maka tak hairan bagi penulis mengganggap mereka setaraf dengan taraf kehormatan penulis terhadap guru penulis di institusi pengajian, jika di sekolah dahulu, penulis menganggap guru umpama ibu ayah yang wajar dihormati demi mencari keberkatan,maka itu la taraf pendidik yang mentarbiyah penulis di program umpama tamrin dan kem meskipun sehari dua cuma! Maka, melihat kebahagian mereka, turut membahagiakan penulis, layaknya mereka mendapat kebahagian itu atas segala jasa mereka mendidik generasi muda yang memegang title muslim/muslimah.
Sekiranya penulis menghargai pendidik penulis di program tamrin atau kem, sudah pasti penulis akan memastikan penulis menghargai dan menghormati tanaga pendidik penulis yang bergelar guru penulis di alam persekolahan. Meskipun sering mendapat guru baru setiap tahun, namun, taraf mereka sama kerana mereka pendidik.
Maka betapa berharga pendidik dalam hidup penulis yang tak lari dari keperluan dalam didikan dan tarbiyah. Mudahnya menyebut tarbiyah,namun untuk kesanggupan dalam melakukannya adalah satu nilai yang tinggi.


Kepada sume tenaga pendidik diri penulis dan sahabat seperjuangan dari Maahad Ar-Rahmah Melaka, My Soff01 dan lain2,
JazakumuLLAHU khairan kathira..

TAHNIAH KEPADA KAK AINA DAYANA HILMI YANG BAKAL MENJADI PERMAISURI RUMAH TANGGA =)

TAHNIAH ATAS PERNIKAHAN DAN BAKAL MENDAPAT AHLI BARU DALAM KELUARGA BAHAGIA..
akh Muharam Rahim N Kak Farahanin

Pada umi abah,setinggi penghargaan buat kalian berdua yang memastikan kami mendapat didikan yang selayaknya sebagai muslim/muslimah.

Mereka bak sakura yang berkembang mekar memberikan keindahan, jikalau mereka gugur seperti sakura pula yang berguguran dengan indahnya,
Allahumma amit na `alaa syahaadati fii sabiilik...