Selasa, 23 Disember 2008

Kucing, Qittun, Cat


Assalamu'alaikum wbt, untuk kali ini suka penulis mengepost post berkaitan kucing. Menyentuh persekitaran dan hal keadaan penulis dan kucing, penulis melihat bahawa ade je orang sekeliling penulis yang kurang berani menghampiri kucing. Maka pelbagai gaya dilakukan untuk menjauhkan diri daripada kucing. Ada yang minat pada kucing namun kegelian untuk memegangnya. Sungguh bagi penulis kucing merupakan haiwan yang comel dan apa yang pasti kucing merupakan makhluk ciptaan ALLAH SWT.


Berikutan itu, penulis memaparkan serba sedikit berkaitan kucing. Kucing. : Dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan.

Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna.

Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.

Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah.

( macam kucing penulis sendiri mempunyai kemahiran membuang air di dalam tandas apabila ia mahu buang air, yang pasti, kemahiran ini tidak kami ajar kepada ia sekeluarga...hehhe )

Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.

Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota.

Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil.

Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Dan maka adalah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw sayang pada kucing. Baginda pernah mencela seorang wanita kerana menyiksa haiwan yang manja itu sehingga mati.
Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu H
urairah. (Bapa Kucing).

Adapun cerita kucing penulis, ia merupakan kucing yang telah dibela secara bergenarasi.
Keluarga penulis telah memelihara mereka sejak datuk moyang mereka lagi, lalu mereka berkembang biak membina umpama satu pasukan bola yang hampir handal. Setiap generasi ada keistimewaannya tersendiri. Ada generasi yang memastikan rumah kami tidak berpenghunikan bersama tikus, ada generasi yang penuh kasih sayang selalu bermain bersama kami dan sekarang, generasi yang gemuk-gemuk belaka dan comel (semua generasi kucing di rumah kami comel, tapi generasi sekarang mungkin bagi penulis adalah yang paling comel....hehe)
Mengimbau kenangan bersama kucing,mereka banyak memberi kami kelapangan fikiran apabila mereka menonjolkan kejinakan mereka kepada kami, erm, lebih-lebih lagi apabila mahu meminta makanan! Biasa la tu ek?
Iktibar dari melihat telatah kucing di kediaman penulis, ibunya sungguh penyayang, walaupun lapar tetap mendahulukan anak-anaknya yang berebut-rebut inginkan susu. Duduk seketika dalam keadaan lapar bersama anak-anaknya. Ia menjadi semakin penyayang mungkin kerana peristtiwa terdahulu di mana semua anak-anaknya pernah mati disebabkan suatu sebab, maka untuk kali ini ia menjaga anak-anaknya dengan baik. Sungguh penulis boleh mengagumi dan berfikir sejenak melihat kasih-sayang antara mereka. Sunggguh malu melihat mereka yang tidak berakal saling berkasih sayang namun manusia sendiri yang mempunyai akal fikiran khalifah di alam ini sanggup membuang anak-anak yang tidak berdosa. Tak lupa kepada mereka yang sanggup membunuh bayi atau kanak-anak di waktu perang. Misalnya di Palestin, di mana perasaan mereka yep?




Meleret pula, di sini penulis suka mempostingkan gambar-gambar kucing yang penulis dapat daripada emel. SubhanaLLAH, sungguh menakjubkan ciptaan ALLAH ini...indah songgoh! waLLAHUa'lam
















berkaitan kucing :
http://latiptalib.blogspot.com/2004/06/seekor-kucing.html
tentang Abu Hurairah :
http://www.hudzaifah.org/Article275.phtml





Selasa, 9 Disember 2008

Salam 'Iedul Adhha 1429H


Dari Abi Hurairah (ia berkata), sesungguhnya Nabi shallallahu
'alaihi wa sallam telah bersabda: Shaum/puasa itu ialah pada hari kamu berpuasa, dan (Idul) Fithri itu ialah pada hari KAMU BERBUKA. Dan (Idul) Adha (yakni hari raya menyembelih haiwan-haiwan korban) itu ialah pada hari kamu menyembelih haiwan".
SHAHIH. Dikeluarkan oleh Imam-imam : Tirmidzi No. 693, Abu Dawud
No. 2324, Ibnu Majah No. 1660, Ad-Daruquthni jalan dari Abi Hurarirah .. Dan lafadz ini dari riwayat Imam Tirmidzi.



8Disember 2008 Isnin, seperti tahun-tahun yang sudah berlalu, penulis menyambut sambutan ini bersama keluarga dan masyarakat setempat. Pagi yang penuh barakah. Di waktu pagi Hari 'Iedul AdhHa sudah dibasahi dengan titisan air hujan. Penulis telah menyambut 'Iedul Adhha di Dataran Haji Mohamad Sabu (HAMAS)/ Kompleks Pas Jasin (KOMPAJ).
Tahun ini solat 'Iedul Adhha agak berlainan dengan tahun-tahun yang lalu yang pernah dijalankan di dataran HAMAS ini kerana solat 'iedul Adhha dijalankan dengan 2kali solat.
Oleh kerana cuaca kurang mengizinkan untuk solat di dataran HAMAS, maka pihak penganjur telah menjadikan musolla HAMAS sebagai tempat solat suna 'Iedul Adhha. Namun musolla HAMAS tidak dapat menampung sejumlah yang ramai orang yang hadir untuk solat sunat 'Iedul AdhHa beramai-ramai. Maka pihak penganjur telah mengadakan dua solat sunat 'iedul Adhha.
Solat sunat 'Iedul Adhha pertama bagi kaum muslimat yang di imam kan oleh Ustaz Faisol bin Sheikh Mohamad. Diikuti selepasnya solat sunat 'Iedul AdhHa begi kaum muslimin yang di imam kan oleh Ustaz Zulkifli bin Ismail. Selepas itu sesi khutbah dijalankan di dalam musolla HAMAS.



Selesai khutbah, semua hadirin dan juga tetamu jemputan telah dihidangkan dengan jamuan.
Majlis Korban telah dijalankan pada pukul 10.30 pagi dalam keadaan hujan. Walaupon cuaca agak suram namun ibadah korban ini tetap dijalankan dengan jayanya. Bagi penulis, sambutan 'iedul Adhha pada kali ini di dataran HAMAS agak berbeza dari tahun lepas kerana kehadiran manusia atau jama'ah di sini agak kurang dari tahun yang lepas. Mungkin kerana faktor cuaca. Berikut ialah antara gambar-gambar yang mungkin boleh menggambarakan sambutan 'iedul Adhha 1429H di dataran HAMAS/KOMPAJ.




Bersama encik payung dibawa kehulu kehilir semasa acara korban dijalankan disebabkan hujan.


3 ekor lembu yang sedang bersedia untuk disembelih dan dikorbankan.


Kelihatan abah penulis sedang memasang payung besar di dalam hujan untuk tempat memotong daging korban nanti.




Berdarah-darah. Lembu yang sudah siap disembelih akan dipotong-potong dagingnya di sini..


Setelah selesai menyembelih proses memotong daging dan membahagiakan 'daging pejal dan daging lembik' dijalankan (?) Segala tulang menulang dihantar di pusat masakan untuk di 'kerja'kan oleh muslimat.
Sementara menunggu daging dan tulang menulang dan belulang serta seangkatan dengan nya, muslimat yang terdiri daripada pelbagai golongan menyiapkan bahan-bahan untuk membuat sup bagi santapan di waktu tengahari nanti.
Sup siap di buat pada pukul 2 lebih. walaupun agak lewat menyiapkan sup,namun hasilnya memuaskan..Sodap dimakan! Urusan kerja ditangguhkan apabila kedengaran suara azan meneru insan mengadap yang Maha Esa. Solat jama'ah didirikan di imam kan oleh Mejar (B) Jasme. Setelah itu jama'ah bertakbir.

Setelah segala urusan membahagikan daging dan membungkusnya bagi dihantar kepada pihak yang sepatutnya, majlis telah memberikan sedikit buah tangan kepada ahli kerja Majlis Korban dan AJK Majlis Korban. Kemudian, penganjur telah membahagikan daging kepada beberapa oragng yang bertanggungjawab untuk menyebarkan daging korban kepada mereka yang layak mendapatkannya. Majlis selesai pada pukul 3.30 petang (lebih kurang la...) dengan jayanya setelah kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Untuk keesokan harinya, Majlis Korban PASTI Nurul Iman akan dijalan kan di kediaman penulis.
Diharap pengalaman hari ini dapat memberi manfaat untuk menghadapi hari esok.
Buat Ukhti Kabierah di Misr, sbenarnya post ini untuk ukhti bagi berkongsi sambutan yang kami jalankan di Hari Raya Korban ini. Moga boleh memberi makna kepada ukhti di Misr.
Ingat pesan abah, jangan rindu-rindu sangat dekat kami di sini. Teruskan perjuangan.

Buat pembace, 3mas dan smoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan gambaran sambutan Korban di dataran HAMAS Jasin...Tempat anda bagaimana?
Salam 'iedul Adhha buat semua.

(sudah lama tidak menge post terasa janggal untuk menghasilkan cetusan minda sempena 'iedul Adhha...)

WaLLAHUa'lamBissawab



Khamis, 27 November 2008

Katanya Kau Seorang Pejuang


Buat Ingatan diri sendiri dan para pembaca, smoga bermanfaat! =)




katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat



katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah


katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah


katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir


katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah


katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk


katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat


katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu


katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat


katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu


katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain


katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh


katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah


katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih


katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat


katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat


katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan


katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi


katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
.........................................................................

Adab Penuntut Ilmu

Ditulis oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al'Utsaimin

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya. Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

1. Ikhlas karena Allah SWT.

Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerena Allah I dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelar agar bisa mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah e telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya e :

"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah I sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau sorga pada hari kiamat".( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya ) bukan karena ingin mendapatkan dunia, tetapi karena sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini - insya Allah - termasuk niat yang benar.

2. Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.

Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faidah dari ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi mamfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi mamfa'at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah e bersabda :

"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar.
Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.

Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Karena kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak berarti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah e. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qor'an dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.

Apabila ada perbedaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbedaan itu dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salaf. Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah e masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita.

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.

Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.

Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu 'Alam.

Isnin, 24 November 2008

Saudaraku...





Segala puji bagi Allah yang mendidikku,

&Menghilangkan kebutaan mataku,

& yang menunjukkan jalan yang lurus,

yang memuliakanku & meneguhkan hujahku.




Selawat & salam tetap dicurahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w,

Sebaik2 makhluk keturunan manusia,

Kepada keluarga sahabat2nya yang mulia,

& seterusnya orang2 yang berjalan di jalannya

& mengikutinya.



Ini puisi untuk orang berjaya,

yang memiliki cita2 setinggi langit,

juga buat mereka yang memiliki tekad yang kuat,

Aku persembahkan kepadamu wahai saudara2ku,

Wahai orang yang mengharapkan kemuliaan,

& berjalan menggapai Firdaus & keredhaan,

dengarkanlah ...

kusampaikan nasihat & mari kita kerjakan ia,

Berusahalah sehabis daya mu,

Mengisi hari2 berbaki sekejap cuma,

Tunaikan amanah dengan sepenuh jiwa,

Sungguh kita pemuda harapan agama.

Mari sama2 kita penuhkan piala hati dengan luasnya ilmu,

Mari kita perkasakan aqal agar tajam menafsir,

Mari kita gugah kekontangan jiwa dengan tarbiyyah rohani yang melazimi hari2 juang kita,

Mari kita isikan waktu dengan taklif amar maaruf & cegah mungkar yang bakal dipersoal tika bertemuNya...





Saudara2ku,

Berusahalah mengerjakannya selagi nyawa dikandung badan,

selagi roh tidak lekang dari kerongkongan,

Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada rendahnya cita2,

lemahnya tekad,

hinanya tujuan,

buruknya tabiat juga longlainya jiwa,

Semoga Allah sentiasa memberkati umat seislamku...Semoga Allah meniup hati kita dengan hammasah berpanjangan

Dunia ini sekejap2 cuma...



Khamis, 20 November 2008

Serikandi Agung Zainab Al Ghazali Al Jubaili


"Mulianya Zainab Al Ghazali Tauladan Buat Muslimah"

‘Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku…’

Kenyataan di atas adalah Untaian hikmah dari al marhumah Zainab Al Ghazali Al Jubaili buat bakal suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting namun ia tidak lagi sepenting itu lagi baginya jikalau ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah. Beliau menuntut janji demi sebuah perjanjian rabbaniy yang abadi.

Zainab Al Ghazali adalah pejuang muslimah yang kental dan ampuh. Ibarat serikandi ulung Nusaibah yang bertempur di sisi Rasulullah SAW dalam kekalutan Uhud yang menyesakkan sanubari. Beliau menjelma sebagai wanita ulung mendepani segala mara bahaya di medan perjuangan dan itulah harapan ayahandanya seorang guru agama dan peniaga kapas. melalui didikan ikhlas bapanya Zainab al ghazali dibentuk agar menjadi pembimbing dan pembela ummah.

Dilahirkan di bumi yang dibuka pada zaman moyangnya menjadi khalifah kedua Islam, mesir bumi yang berkat tinggalan para nabi menjadi saksi kelahiran mujahidah agung ummat ini. Lahir di buhaira, mesir pada tanngal 1917, bayi perempuan yang berketurunan saidina Umar (r. a) ini rupa-rupanya adalah lambang perjuangan sejati muslimah moden dalam mengharungi keperitan hidup berjuang. Kisah deritanya menghadapi regim mesir diabadikan sendiri dengan penanya di dalam kitab "hari-hari dalam kehidupanku" setelah berkali-kali dirayu agar ia menjadi tatapan misali buat pejuang yang ikhlas.

Hidupnya tidak pernah sunyi dari menikmati kemanisan derita perjuangan, beliau mangli dengan pelbagai siksaan ngeri di penjara azab regim Mesir.Tubuhnya pernah dijamu buat anjing garang yang kelaparan namun selamat sejahtera dilindungi lembayung rahmat tuhan kekasihnya. Anjing yang ganas berubah senyap menghormati jasad pejuang agung ini. Bukan sahaja binatang berdiam diri berhadapan dengannya malah lelaki bajingan yang diarah melahap tubuhnya jua menyerah tidak sanggup menodai wanita suci jelmaan sahabiah rasul ini.

Pernah menganggotai Gerakan Feminis Mesir di usia remajanya pada tahun 1936, namun matlamat perjuangan yang tidak sesuai dengan jiwanya menggerakkan hatinya menubuhkan (Jamaah Muslimat) Jamaah Wanita Muslimah sebagai wadah baru perjuangannya. Ia bermula ketika umurnya 18 tahun demi membimbing kerja-kerja wanita Islam membela kehidupan dan membantu ibu-ibu yang kehilangan suami. Ketika inilah ia bertemu dengan As Syahid Imam Hassan Al Banna. Al Banna dan para penolongnya ibarat suasana nabi dan para sahabat di matanya. Zainab menjadi penggemar kepada syarahan dan pembawaan al marhum Al Imam. Sehingga pada suatu hari Imam Hassan Albanna menawarkan penggabungan Jamaah Muslimat pimpinannnya agar bersama menjadi sayap wanita ikhwanul Muslimin. Beliau menolak namun berbaia'h secara rahsia bersama Imam Hassan Al Banna kemudiannya.

ketegasannya ibarat ketegasan Umar Al Khattab. Naluri ketabahan dan kewanitaannya ibarat Saidatina Nusaibah. Kekuatannya dan kesabaran sama gagah bak lelaki perkasa. Hatinya dihiburkan dengan pertemuan dan jaminan rasulnya di dalam keasyikan mimpi indah yang benar. Deritanya bertukar gembira mendengar taujihat dan irsyadat nabi sanjungannya. alangkah bahagianya mujahidah yang bernama Zainab Al Ghazali. Setiap denyutan nadi kehidupannya kekal segar di ingatan setiap anak-anak harakah yang mewarisi perjuangan Islam.

Zainab Al Ghazali meneruskan kesinambungan Ikhwan bersama Said Qutub dan Abdul Fattah Ismail setelah kewafatan Imam Al Banna. Perjuangannya tidak disukai pemerintah yang dipimpin oleh Jamal Abdun Nasir ketika itu. Beliau ditangkap pada tahun 1965, dibicara pada 1966 dan dihukum penjara selama 25 tahun. Beliau dibebaskan pada tahun 1971 semasa Anwar Sadat menggantikan tempat Preseden Jamal setelah kematiannya. Allah membalas pengkhianatan Jamal Abdun Nasir terhadap para pendokong Ikhwan dengan kekalahan kerajaan Mesir pimpinannya kepada Israel dan sekutunya dalam perang tiga serangkai.

Zainab kembali aktif menggerakkan apa sahaja demi Islam, berpidato lantang dan segar menyedarkan para pemuda dan pemudi, membimbing ummah ke arah keredhaan Allah. Al marhumah Zainab Al Ghazali juga terkenal sebagai penulis yang hebat. Beliau pernah menulis sebuah buku yang pernah diharamkan oleh kerajaan Mesir iaitu "Return Of The Pharaoh".

Pengabdiannya kepada Islam dan ummat sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan,kasih dan kecintaan. Setelah 88 tahun menabur budi dan jasa al marhumah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi tanggal 3 Ogos 2005. Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat, disolatkan di masjid Rabia'tul Adawiyyah, namanya tetap segar di lubuk hati setiap pejuang agama walupun telah pergi menemui kecintaan abadi Tuhan sekalian alam.

Al-fatihah..Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Dipetik dr blog :
(P/S: nama kumpulan penulis sms Tamrin anjuran PAS ialah Zainab AlGhazali, diambil sempena kehebatan dan ketokohan beliau, moga mnjadi iktibar dan teladan buat ahli kumpulan dan umat Islam yg lain inshaALLAH..)