Selasa, 23 Disember 2008

Kucing, Qittun, Cat


Assalamu'alaikum wbt, untuk kali ini suka penulis mengepost post berkaitan kucing. Menyentuh persekitaran dan hal keadaan penulis dan kucing, penulis melihat bahawa ade je orang sekeliling penulis yang kurang berani menghampiri kucing. Maka pelbagai gaya dilakukan untuk menjauhkan diri daripada kucing. Ada yang minat pada kucing namun kegelian untuk memegangnya. Sungguh bagi penulis kucing merupakan haiwan yang comel dan apa yang pasti kucing merupakan makhluk ciptaan ALLAH SWT.


Berikutan itu, penulis memaparkan serba sedikit berkaitan kucing. Kucing. : Dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan.

Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna.

Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.

Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah.

( macam kucing penulis sendiri mempunyai kemahiran membuang air di dalam tandas apabila ia mahu buang air, yang pasti, kemahiran ini tidak kami ajar kepada ia sekeluarga...hehhe )

Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.

Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota.

Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil.

Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Dan maka adalah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw sayang pada kucing. Baginda pernah mencela seorang wanita kerana menyiksa haiwan yang manja itu sehingga mati.
Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu H
urairah. (Bapa Kucing).

Adapun cerita kucing penulis, ia merupakan kucing yang telah dibela secara bergenarasi.
Keluarga penulis telah memelihara mereka sejak datuk moyang mereka lagi, lalu mereka berkembang biak membina umpama satu pasukan bola yang hampir handal. Setiap generasi ada keistimewaannya tersendiri. Ada generasi yang memastikan rumah kami tidak berpenghunikan bersama tikus, ada generasi yang penuh kasih sayang selalu bermain bersama kami dan sekarang, generasi yang gemuk-gemuk belaka dan comel (semua generasi kucing di rumah kami comel, tapi generasi sekarang mungkin bagi penulis adalah yang paling comel....hehe)
Mengimbau kenangan bersama kucing,mereka banyak memberi kami kelapangan fikiran apabila mereka menonjolkan kejinakan mereka kepada kami, erm, lebih-lebih lagi apabila mahu meminta makanan! Biasa la tu ek?
Iktibar dari melihat telatah kucing di kediaman penulis, ibunya sungguh penyayang, walaupun lapar tetap mendahulukan anak-anaknya yang berebut-rebut inginkan susu. Duduk seketika dalam keadaan lapar bersama anak-anaknya. Ia menjadi semakin penyayang mungkin kerana peristtiwa terdahulu di mana semua anak-anaknya pernah mati disebabkan suatu sebab, maka untuk kali ini ia menjaga anak-anaknya dengan baik. Sungguh penulis boleh mengagumi dan berfikir sejenak melihat kasih-sayang antara mereka. Sunggguh malu melihat mereka yang tidak berakal saling berkasih sayang namun manusia sendiri yang mempunyai akal fikiran khalifah di alam ini sanggup membuang anak-anak yang tidak berdosa. Tak lupa kepada mereka yang sanggup membunuh bayi atau kanak-anak di waktu perang. Misalnya di Palestin, di mana perasaan mereka yep?




Meleret pula, di sini penulis suka mempostingkan gambar-gambar kucing yang penulis dapat daripada emel. SubhanaLLAH, sungguh menakjubkan ciptaan ALLAH ini...indah songgoh! waLLAHUa'lam
















berkaitan kucing :
http://latiptalib.blogspot.com/2004/06/seekor-kucing.html
tentang Abu Hurairah :
http://www.hudzaifah.org/Article275.phtml





Tiada ulasan: