Khamis, 17 September 2009

Kerinduan Semalam

Align Centre

Iftar Jam-ie dan Khatam Al-Quran Ma'ahad AR-Rahmah
Masa :6ptg - 10 mlm
Tempat : surau Ma'ahad Ar-Rahmah
Tarikh : 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 2009

Salam'alaik, saya mendapat jemputan dari Mudir Ma'ahad Ar-Rahmah (skolah saya dahlu...huhu) untuk ke Majlis Iftar Jam-ie....satu jemputan yang amat di hargai..:p
Dengan penuh harapan saya ke sana dengan adik-adik saya....bersama kad raya khas buat warga pendidik ma'ahad Ar-Rahmah...kad raya wakil bagi generasi ke 5 Ma'ahad Ar-Rahmah Melaka...

Kedatangan saya disambut oleh pelajar tingkatan 5 generasi ke 6, juga adik2 yang lain....amat saya hargai atas sambutan itu....terasa bagai berada di alam persekolahan di Ma'ahad Ar-Rahmah suatu ketika dahulu....beberapa gelagat pelajar @ junior saya perhatikan...agak kecewa dengan pengurusan majlis ini...masih ada pelajar muslimat yang tidak menepati etika pakaian muslimat...masih pelu diasuh....walaupon begitu, tahniah buat penggerak majlis yang bertungkus lumus menjalankan majlis...kehadiran pelajar sangat memuaskan hati...



Terkenang saat saya berada di tingkatan 4, kami di tugaskan untuk menguruskan majlis Iftar Jam-ie dan Khatam Al-Quran, satu majlis yang meriah bagi saya kerana kehadiran bukan sahaja dalam kalangan pelajar dan guru yang sedia ada pada ketika itu, malah ia turut diserikan dengan kehadiran para pendidik yang pernah mendidik di Ma'ahad Ar-Rahmah ..turut dimeriahkan dengan keluarga guru-guru dan alumni (AMAR)yang sudi hadir bersama....penuh surau Ma'ahad AR-Rahmah ketika itu ....suasana sangat riuh dikala menghidangka juadah berbuka puasa...dikawal oleh guru penolong kanan 1, ustaz Lutpi Ibrahim...sangat berpengalaman dalam aktiviti ini...ada sahaja kekurangan yang ditegur...shukran jazilan...majlis berjalan lancar dengan pertolongan warga pendidik yang mengawal majlis tersebut bersama tenaga penggerak majlis a.k.a ajk majlis...sempat ahli AMAR merakamkan video perjalanan majlis ketika itu...sangat bahagia, bagi saya, kami umpama sebuah keluarga besar yang meraikan sebuah majlis..ditemukan dalam satu majlis yang meriah....peristiwa suatu ketika dahulu...ia telah berlalu...

adik-adik rancak melayan kami meskipun kami sudah lama meninggalkan mereka...shukran ilaikum....adik2 tingkatan 1 pon masih mengingati kami ...kami kenali mereka ketika menjalankan program Minggu Orentasi untuk mereka pada bulan 1 2009...kesan yang positif..mereka mengingati saya dan senior2 yang lain...walaupon ade yang kurang menginati dan pasti tak ingat langsung...'ala kulli hal...alhamduliLLAH...

Pengisian yang pertama untuk Majlis ini adalah khatam Al-Quran seperti tahun yang lalu..mereka khatam Al-Quran setelah bertadarus selama sebulan Ramadhan....setelah itu,berbuka dan solat maghrib berjemaah..acara diteruskan dengan hidangan berat..makan betul2 punya...Solat isha' di imamkan oleh Us Faizal..(x saya kenali..guru baru tahun ini )
Solat Tarawih diImamkan oleh ustaz Nur Khairi..(macam tahun lepas...)
Selesai solat Witir, pengisian yang ditunggu tunggu oleh saya, iaitu Perutusan Mudir Ma'ahad Ar-Rahmah...sudah lama saya tidak mendengar takirah dari beliau...teringat ucapan Mudir MARK, memang berlainan dengan ucapan Mudir Ar-Rahmah, saya lebih berminat untuk mendengar ucapan Mudir Ar-Rahmah drpd Mudir MARK...mungkin kerana loghat yang berbeza membuatkan keistimewaan yang berlainan....seperti biasa, Mudir sering mengingatkan kami untuk berhati2 semasa musim perayaan, segala duit raya haruslah disimpan dan berjimat cermat..berbanggalah dengan pakaian muslim yang diajar di Ma'ahad ini...ia satu syiar bagi kita yang berpendidikan agama, usah dijulang tinggi pakaian artis2 kafir baratyg tidak mengerti apa itu Islam, apa nilainya....kita dimuliakan dengan Islam, maka pastinya pakaian Islam adalah kemulian kita...jangan malu untuk memilikinya!~da lame xdgr tazkirah mcm nieh...~




Selesai majlis ini, Pelajar STAM dipanggil mengadap Mudir...walaupon da lame meninggalkan skolah ini, tp tetap dipanggil, macam masih bergelar pelajar Ma'ahad Ar-Rahmah Melaka je..
Mudir bertanya hal keadaan pelajaran kami, hal2 berkaitan..so caring about us...
Sempat bertemu dengan ayahanda yang bakal melangsungkan perkahwinan ketika kami terseksa memerah otak untuk Ujian STAM...tarikh perkahwinan yang membahagiakan ayahnada sedang kami pula terseksa..haha :p..ape pon ol da bes us...

Salam Idul Fitri buat smua ...

Tiada ulasan: