Menjenguk wall Facebook ukhti Halimah dan blog beliau...maka mata ini terpandang video rancangan arab..Lau Ka-na Bainana~ Sekiranya Baginda di antara/bersama-sama kita..
tajuk menarik..apakah rancangan ini...dan hasilnya tak menghampakan, dipersilakan untuk menonton rancangan ini...dan insafilah diri sebagai hamba ALLAH,muslim dan ummat Baginda RasuluLLAH saw..bagaimanakah kasih kita kepada baginda..
Saya amat tersentuh hati apabila melihat bahagian yang akhir,
pernahkah kita terfikir soalan itu,
sekiranya baginda saw bersama-sama kita,
apakah yang ingin kita katakan kepada baginda saw???
soalan yang membuatkan kita rasa rindu kepada baginda..
sememangnya untuk bersama baginda adalah satu keinginan kita...
muhasabah diri, setahap manakah kita mentaati kata-kata baginda...dan menyayangi baginda...
Sedarilah, baginda sentiasa mengingati kita-ummatnya, walaupun kita tidak pernah bertemu dengan baginda saw,
dan Baginda pernah menyayangi kita sejak 1400 tahun yang lalu walaupun ketika itu kita belum menjejak ke bumi nyata...betapa kasihnya baginda saw kepada kita dan tidak sewajarnya kita mengingati baginda hanya pada MauliduRRasul saw..
ingin saya mengingatkan diri akan hadis ini :
Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya dalam satu majlis ilmu : “Siapakah agak-agaknya antara makluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab; para malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya (nabi-nabi). Tidak juga, kerana para anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf dan mereka juga adalah golongan yang maksum(terpelihara daripada membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang selepas kamu yang hidup tanpa melihat aku (kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan Al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka”.
Dalam riwayat hadis yang lain: Imam Ahmad,Imam Bukhari, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan bahawa ;” beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku(Nabi hanya mengungkap sekali sahaja) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku” (diungkap baginda hingga diulang sebanyak tujuh kali).
sesungguhnya baginda saw telah kasih kepada kita-ummatnya sebelum kita lahir lagi...
muhasabah
~Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi Muhammad~
Pagi-pagi, semasa menguruskan urusan di dapur sambil-sambil mendengar suara radio berkumandang maka terlintaslah kalimah ketulusan hati difikiran apabila DJ radio menyebutnye.. "apakah makna ketulusan hati?" tanye DJ radio itu kepada rakan setugasnye.. jawab rakan setugasnye yang keudara pada saat itu, " ketulusan hati itu adalah tahap keikhlasan yang amat-amat tinggi".. maka DJ itu berkata "apakah ketulusan hati atau keikhlasan ini dapat dilihat, jawabnye,sudah tentu tidak, kerana ikhlas ini hanya dinilai oleh ALLAH SWT, terkadanng mungkin kita boleh menyedari ketulusan hati seseorang itu apabila melihat wajahnya~"
Untuk melihat makna ikhlas ini dari pelbagai definisi, maka saya telah mencarinya di dalam enjin pencarian ;)
Ikhlas ertinya mengharapkan ridha Allah Subhanahu wa Ta'ala semata dan tidak menginginkan selainnya. Keikhlasan ini merupakan implementasi dari syahadat لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ.
Hudzaifah Al-Mar’asyi mengatakan: “Ikhlas adalah keseimbangan antara perbuatan lahiriah dan batiniah seorang hamba.”
Abu Qashim Al-Qusyairi menjelaskan: “Ikhlas adalah mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ketaatan yang hanya bertujuan untuk-Nya. Yakni dengan ketaatan yang dilakukannya itu, dia ingin mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bukan kepada selain-Nya, seperti berbuat karena makhluk, mencari pujian orang, senang mendapatkan pujian, atau segala makna yang tidak untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.”
Abu Muhammad Sahl bin Abdullah rahimahullahu menjelaskan: “Orang-orang berilmu telah melakukan penggalian dalam menafsirkan keikhlasan. Dan mereka tidak menemukan (makna lain) selain: Gerak dan diamnya seseorang, baik ketika sendirian atau bersama orang lain, hanyalah untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala semata, dan tidak dicampuri oleh keinginan hawa nafsu dan dunia.” (Al-Adzkar karya Al-Imam An-Nawawi hal. 5)
Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan:(Ikhlas merupakan lawan syirik. Barangsiapa tidak ikhlas, dia adalah seorang musyrik. Namun kesyirikan itu memiliki tingkatan-tingkatan. Keikhlasan di dalam ketauhidan lawannya adalah kesyirikan di dalam uluhiyyah. Dan kesyirikan itu ada yang tersembunyi dan ada yang nyata. Begitu juga keikhlasan.) (Mukhtashar Minhajul Qashidin, hal. 366)
Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar mereka mengikhlaskan agama untuk Allah yaitu agama yang lurus, mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah: 5) [[dipetik dari http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=73114]]
Ulama’ terdahulu membahagikan ikhlas itu kepada dua, berdasarkan matlamat amalan yang dilakukan:
Maksud ikhlas beramal ialah keikhlasan mengerjakan amalan / ibadat semata-mata untuk mencapai matlamat :
menghampirkan diri dan hati (taqarrub) dengan Allah Taala; menjunjung tinggi atau mengagungkan perintah Allah Taala; merelakan atau memperkenankan seruan Allah Taala. Matlamat-matlamat pencapaian ibadah tersebut adalah selari dengan dorongan ijtihad dan iktikad yang betul dan selaras dengan firmah Allah yang mafhumnya:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Surah Al-An'am: 162) Amalan yang dikerjakan secara ikhlas beramal ini kosong daripada niat mengharapkan sesuatu pulangan atau balasan manfaat, sama ada di dunia maupun di akhirat. Malah amalan itu sampai tidak dikehendaki dapat dilihat oleh iblis agar tidak diganggu-gugat atau dirosakkan oleh musuh manusia itu dan tidak juga dikehendaki dapat dilihat dan dicatatkan oleh malaikat. Hendaknya biarlah amalan itu termasuk dalam ilmu Allah sahaja. Inilah darjat ikhlas yang paling tinggi.
Niat ikhlas beramal hendaklah serentak dengan bermulanya amalan yang dikerjakan dan hendaklah berterusan. Tidak termasuk dalam ikhlas beramal, jika niatnya terkemudian atau selepas amalan.
Lawan ikhlas beramal ialah nifaq, iaitu iktikad dan perlakuan orang munafik yang berpura-pura menghampirkan diri kepada Allah tetapi sebanarnya mengaitkan amalannya dengan yang lain daripada Allah. Nifaq itu membatalkan amalan, sekali gus terkeluar jauh daripada lingkungan qurbah dengan Allah Taala.
Ikhlas Menutut Pahala :
Maksud ikhlas menuntut pahala pula ialah mengharapkan pulangan atau manfaat akhirat iaitu pahala untuk menempah hidup bahagia di syurga dan untuk dijauhkan daripada seksaan (azab) di neraka, iaitu sebagai ganjaran daripada amalan ibadat / kebajikan yang dikerjakan. Matlamat ini selari dengan firman Allah yang mafhumnya :
Katakanlah : “Sesungguhnya aku takut , jika aku mendurhakai Tuhanku, akan azab hari yang besar. (al-An’am : 15) Lawan ikhlas menuntut pahala ialah riya’, iaitu mengharapkan manfaat jangka pendek di dunia yang lumrahnya datang daripada manusia atau makhluk Allah yang lain. Riya’ merupakan penyakit kalbu yang merosakkan ikhlas lantas memusnahkan amalan.
Dalam menghuraikan perbezaan di antara dua jenis ikhlas tersebut, Imam al-Ghazali mengatakan : “Ikhlas beramal itu semata-mata menjadikan amalan itu sebagai wahana untuk bertaqarrub dengan Allah Taala dan tidak menuntut sesuatu yang lain. Manakala ikhlas menuntut pahala itu lebih mengharapkan amalan diterima oleh Allah di samping mengingini ganjaran pahalanya.
Para Hawariyyun (pengikut-pengikut nabi 'Isa a.s.) bertanya kepada nabi 'Isa a.s, "Bagaimanakah orang-orang yang ikhlas itu dengan amalan mereka?".
Nabi 'Isa a.s. bersabda, "Mereka beramal kerana Allah dan tidak berhajat kepada pujian daripada manusia".
Membicarakan tentang ikhlas, para ulama mengaitkannya dengan amalan berikut:
1. ibadat zahir (amalan jasmaniyah / khususiyah), seperti sembahyang, puasa, haji, umrah dan sebagainya. Dalam ibadat zahir ini diperlukan kedua-dua jenis ikhlas tersebut (ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala). 2. ibadah batin (amalan batiniyah), iaitu seperti jujur, amanah, setia, tafwidh dan sebagainya. Tidak timbul soal ikhlas dalam ibadat batin ini, kerana sifatnya sendiri sudah merupakan ciri ikhlas. Tanpa ikhlas tidak wujud sifat jujur, misalnya. Dalam ibadat ini akan timbul nifaq dan riyak apabila pengamalnya mengharapkan manfaat dunia, untuk mendapat pujian, sanjungan dan penghormatan manusia. 3. amalan harus yang dikerjakan untuk membantu kerja ibadat yang lain, khususnya ibadat zahir tersebut. Contohnya, makan, minum, tidur dan sebagainya. Dalam ibadat ini hanya terdapat ikhlas jenis yag kedua sahaja, iaitu ikhlas menuntut pahala.
Menurut Imam al-Gazali: Dalam kebanyakan ibadat ada kaitan dengan kedua-dua jenis ikhlas_ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala. Ini termasuklah ibadat yang wajib dan sunat. Dalam ibadat yang harus yang dikerjakan untuk membantu ibadat wajib atau sunat, hanya terdapat sejenis ikhlas sahaja, iaitu ikhlas menuntut pahala. Kerana, ibadah yang harus itu bukan bertujuan qurbah , tetapi hanya untuk membantu atau membolehkan ibadah zahir atau amalan khususiyah itu dikerjakan.
Waktu niat ikhlas menuntut pahala boleh terkemudian daripada mengerjakan amalan yang berkenaan. Sebahagian ulama mengatakan, waktunya ialah sebaik-baik sahaja selesai mengerjakan sesuatu amalan. Ketika itulah ditentukan sesuatu amalan itu sama ada dikerjakan dengan ikhlas atau dengan riak. Sebab, riak sewaktu mengerjakan ibadat itu mungkin diubah kepada ikhlas selepas mengerjakan ibadat itu. Keihkhlasan ini diterima selagi matlamat riak belum tercapai. Umpamanya jika kita mengerjakan ibadat untuk mendapat pujian orang (satu contoh riak), selagi kita belum menerima pujian itu, kita boleh menukarkannya kepada ikhlas. Tetapi apabila sudah mendapat pujian (matlamat riak telah tercapai), maka terjatuhlah dalam riak dan sia-sialah ibadat itu.
Darjat ikhlas yang paling rendah :
Di samping ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala, ada satu lagi jenis ikhlas yang dikatakan paling rendah darjatnya. Ikhlas jenis yang ketiga ini khusus kepada niat mengerjakan amal ibadat untuk keselamatan diri dan keselesaan atau kesenangan hidup di dunia. Contohnya, mengerjakan shalat sunat hajat, shalat sunat istisqa’, membaca doa, ayat-ayat atau surah-surah tertentu dalam al-Qur’an semata-mata untuk mendapat manafaat segera duniawi daripada Allah swt (manfaat yang harus, tidak bercanggah dengan larangan agama, tetapi tidak termasuk matlamat ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala yang tersebut).
Kesimpulan :
Adalah wajib kita mengerjakan amal ibadat dengan ikhlas dan hendaklah sentiasa sedar, bahawa tergeraknya hati dan anggota kita mengerjakan ibadat itu adalah di bawah taufik dan hidayah Allah Taala. Dengan hal yang demikian, amalan kita, insya Allah, akan diterima dan disempurnakan pahlanya oleh Allah Taala. Sebaliknya, jika kita tidak ikhlas mengerjakan ibadat dan merasakan segala tindak-tanduk mengerjakan amalan yang baik itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri, maka kita terjatuh ke dalam riak dan ujub. Riak, ujub dan nifaq itu membinasakan amal ibadat yang berkenaan; sedangkan ikhlas sering menjernihkan kekeruhan segala amalan, menghapuskan ingatan dan keinginan kepada segala kesukaan dan kesenangan (kepentingan nafsu sendiri) dan mengekalkan perhubungan dengan Allah Taala, terutama kalau kikhlasan itu ikhlas beramal. Selain itu ikhlas juga menjadi benteng untuk mempertahankan diri daripada godaan atau tipu daya syaitan. Allah Taala berfirman, maksudnya :
Berkata (Iblis), ya Tuhabnku, oleh sebab Engkau telah memutuskan aku sesat, pasti aku menjadikan mereka memandang baik (terhadap perbuatan maksiat) di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali di kalangan hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) - (al-Hijr : 39 - 40). Juteru, amat besar kerugian yang akan menimpa mereka yang bukan mukhlis dan tidak ikhlas mengerjakan amal ibadat mereka. Virus riyak akan memusnahkan amalan mereka.
Setelah meneliti makna-makna dan definisi yang diberikan, maka saya mengambil masa untuk koreksi diri saya berkaitan ikhlas di dalam kehidupan saya selama ini..adakah selama ini saya ikhlas di dalam amal ibadah saya? sedangkan Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan ikhlas lawannya ialah syirik, maka sekiranya saya tidak ikhlas di dalam amal itu, adakah saya tergolong dari kalangan lawan ikhlas itu...wal'iyadzubiLLAH!...semoga cinta kami kepada DIA, TUHAN Sekalian alam ,amal dan gerak kerja kami di dalam perjuangan menegakkan Islam di muka bumi itu adalah tergolong di dalam ketagori ikhlas~amien
Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam..maka dengan berlalunya tahun 1430 dan terbuka tirai 1431Hmenandakan bertambah lagi usia kita~ sedar atau tidak bertambah usia tergolong juga dengan bertambahnya tanggungjawab kita~ilmu, yang selama ini ditambah dan dipelajari saban waktu,adakah diamalkan, usia selama ini dititi adakah digunakan sebaiknya, maka dengan ini sewajarnya kita memulakan lembaran baru 1431H lebih baik daripada tahun sebelumnya...semoga kedatangan 1431H membari natijah yang lebih baik untuk kehidupan kita~
Salam'alayk..sekarang ni sudah tentu situasi menunggu result or natijah peperiksaan yang telah dihadapi pada bulan lalu...samada PMRU-STAM atau peksa yang lain.....memang kecut perut bila memikirkan, apaka result/keputusan peperiksaan ku nanti..oh..saat tu baru la ingat Tuhan banyak2~..maka tawakkal menjadi pakaian.. dan maka lagi,saat ni, sesuaila diamalkan doa nabi Yunus..pesan kakak ku sebentar tadi yang mendapati diriku tiada aktiviti yang menarik untuk dilakukan pada ketika itu~meh lihat serba sedikit berkaitan doa ini...doa ini,menurut kata kakak ku itu,sesuai di bace ketika waktu terdesak dan mengharap sangat....
Nabi Yunus as adalah salah seorang dari nabi-nabi Ilahi. Beliau as menyeru umat kepada tauhid dan pengesaan Tuhan dalam jangka waktu yang lama. Akan tetapi seruan dan tabligh lama ini tidak memberikan hidayat kepada umat dan mereka berkeras kepala kepada kekafiran. Pada saat inilah nabi Yunus as merasa marah terhadap kebodohan dan kekafiran mereka, sebelum meminta izin kepada Allah swt beliau as telah keluar dari kota tersebut dan menuju ke gurun. Beliau as terus pergi hingga sampai ke laut. Dengan kekuasaan Ilahi seekor ikan besar membuka mulutnya dan menelan nabi Yunus. Nabi Yunus as terpenjara di perut ikan tanpa dikunyah olehnya dan beliau as menyadari ini adalah balasan perbuatan kepada beliau as yang melepaskan tugas tanpa seizin Allah swt.
Dalam persyaratan demikian dengan hati yang patah dan terputus dari harapan dari semua tempat beliau as berdoa dan mengatakan:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”[1]
Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”[2]
Nabi Yunus as yang selamat dari perut ikan dan laut yang dalam, kembali ke tempat yang diperintahkan semula dan umat yang telah sadar semasa kepergian beliau as, mengerumuni beliau as dan memilih jalan suci dan penyembahan kepada Allah swt di depan mereka.
Beberapa Poin Penting
1- Pada akhir kisah nabi Yusuf as Allah swt berfirman:
“وكذلكَ نُنجِى المؤمنين”
(Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman). Seakan-akan kisah nabi Yunus as terdapat di dalam al-Qur’an untuk menyatakan hukum universal dan sunnatullah yang abadi ini yaitu: Menyelamatkan kaum Mukminin yang tertimpa musibah adalah sebuah program continyu Allah swt yang berjalan pada setiap masa, tempat dan seluruh generasi.
Sangat jelas bahwa ini adalah berita gembira dan menyenangkan bagi kita semua.
Nabi Islam kita Muhammad saw bersabda: “Apakah kalian ingin aku tunjukkan kepada “ism a’dham Ilahi” (nama agung Allah) yang setiap kali Allah swt diseru dengan nama itu akan memberikan jawaban dan setiap kali dimohonkan dari-Nya dengan nama tersebut akan ditimpali? Itulah doa nabi Yunus as yang beliau baca dalam kegelapan:
2- Kaum Urafa’ Ilahi memiliki perhatian luar biasa terhadap doa nabi Yunus as dan menamakannya dengan “Zikir Yunusiyah”.
3- Doa-doa para maksum (orang-orang yang terjaga dari perbuatan dosa) memiliki akan Qur’ani. Karena mereka adalah putera-putera al-Qur’an dan menimba manfaat dari makrifat jernih Qur’ani. Imam Husain as dengan mengutip doa nabi Yunus mengatakan di dalam doa Arafah:
لا إلهَ إلّا أنْتَ سُبْحانَكَ إنّى كُنْتُ مِنَ الظالمينَ. لا إلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مَنَ المُسْتَغْفِرينَ. لا إلهَ إلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ إنّى كُنْتُ مِنَ المُوَحِّدينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ الخائِفينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ الوَجِلينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ الرَّاجينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ الرّاغِبينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ المُهَلِّلينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ السّائِلينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ المُسَبِّحينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ اِنّى كُنْتُ مِنَ المُكَبِّرينَ. لا اِلهَ اِلّا أَنْتَ سُبْحانَكَ رَبّى ورَبُّ آبائي الأَوَّلينَ
“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang meminta pengampunan. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang meng-Esakan-(Mu). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang khawatir (terhadap azab-Mu). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang takut (kepada-Mu). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berharap (kepada-Mu). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menginginkan(Mu). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang bertahlil (mengucapkan la ilaha illallah [Tiada Tuhan Selain Allah]). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang meminta (kepada-Mu). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang bertasbih (kepada-Mu). Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang bertakbir. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Tuhanku dan Tuhan ayah-ayahku yang terdahulu.”
Beberapa Hadis Seputar Keutamaan Doa Ini
1- Nabi Islam Muhammad saw bersabda: “Setiap orang Muslim sakit yang membaca doa ini, bila dalam sakitnya (tidak memperoleh kesembuhan dan) meninggal dunia maka akan diberikan pahala orang yang syahid, dan bila mendapatkan kesembuhan dan membaik maka seluruh dosanya diampuni.”[4]
2- Rasulullah saw bersabda: Apakah kalian ingin aku beritahukan tentang sebuah doa yang setiap kali kalian baca dalam setiap kondisi sedih dan bencana maka kelapangan akan diperoleh? Para sahabat menjawab: Ya, Wahai Rasulallah. Beliau saw bersabda: “(Yaitu) doa nabi Yunus as yang menjadi santapan ikan:
4- Almarhum Kulaini menukil: Seseorang berasal dari Khurasan bertemu dengan Imam Shadiq as antara Mekah dan Madinah di Rabadhah dan menyatakan: Semoga aku menjadi taruhan Anda! Hinnga kini aku masih belum dikaruniai anak, apa yang harus aku lakukan?
Imam Shadiq as menjawab: “Ketika engkau kembali ke negerimu dan ingin mendatangi isterimu maka bila engkau menginginkah demikian bacalah ayat:
maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27]
Dapat dilihat dari ayat ini bahawa mereka-mereka yang membazir ini bukan sahaja melakukan amalan syaitan, malah diumpakan sebagai saudara syaitan sedangkan syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi insan..
Tapi, kenapa antara sifat2 mazmumah yang ada sifat membazir jugak yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesungguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ maksudnya:"dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir." [Surah al-Baqarah : 34]
Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui..