Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Isnin, 29 Mac 2010

Jom Heboh di Kelantan ada kelainan

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.



saya : Bukan Islam tidak menerima hiburan, tapi biarlah hiburan yang berlandaskan syariat Islam, tahniah buat kerajaan Kelantan :)

Rabu, 3 Mac 2010

Rancangan Adik-Adikku Sudah Pun Bermula!


__________________________________


Assalamualaikum w.b.t.!


Sidang  Media Adik-Adikku bersama Ketua Pengarah JAKIM

Sidang Media Adik-Adikku bersama Ketua Pengarah JAKIM

Akhirnya program realiti TV untuk mencari bakat-bakat si cilik dalam berdakwah telah dilancarkan! Saksikan di TV1, setiap Isnin-Jumaat pada jam 630ptg-700ptg!

Revolusi dunia hiburan, pendidikan dan dakwah kini bermula! Jangan terlepas dalam memberikan sokongan kepada mereka!

ADIK-ADIKKU INSYAALLAH BOLEH!

[sumber]


_______________________________

saya: 6.53 PETANG tadi, dari dapur, saya menuju ke bilik tidur dengan melalui ruang tamu rumah..melihat televisyen yang masih terbuka menyiarkan sebuah rancangan yang baru agaknya, saya berhenti sebentar di ruangan itu untuk melihat rancangan tersebut....macam menarik!~ seorang kanak-kanak sedang berucap agaknya, atau mungkin sedang bercerita mengenai Islam, yang pasti lagak,gaya dan aksinya sangat menarik!..terdengar bacaan ayat suci Al-Quran yang lancar dan merdu dari bibir kanak-kanak tersebut, membuatkan saya semakin tertarik untuk meneruskan melihat rancangan tersebut sehingga habis bersama adik saya yang ketika itu juga sedang menonton rancangan tersebut..saya kagum melihat adik Amin Al-Hadi menyampaikan persempabahannya yang pada saya lain dari yang biasa bagi seorang kanak-kanak seperti beliau, persembahan beliau yang berkaitan solat seingat saya, lengkap dengan bacaan dalil ayat Al-Quran yang indah, laungan azan dan gurindam ...rancangan yang lain dari yang lain, sangat best dan menarik minat saya untuk menonton episod atau siaran seterusnya..maka saya pon seacrh di enjin pencarian google untuk mengetahui mengenai rancangan ini..oh! rupa-rupanya, tajuk rancangan tersebut ialah "Rancangan Adik-Adikku"

Disiarkan pada pukul 6.30-7 petang,

setiap isnin-jumaat,

program realiti tv untuk mencari bakat-bakat kanak-kanak dalam berdakwah..

...pastinya mendatangkan manfaat, insya'ALLAH, daripada menonton program realiti tv yang sekadar hiburan yang lagha, tak elok dilihat,sakit mata menonton!,mengajar cara-cara pakaian yang mendedah aurat dan pergaulan bebas dan sebagainya!

pastinya menonton "Rancangan Adik-Adikku" tv1 lebih bermanfaat dari melihat siaran realiti tv seperti 'Idola Kecil tv9<>


Jom try tengok rancangan ni :)

> dalam waktu yang sama, Geng Bahasa Arab TV9 pon disiarkan~mesti channel tv akan ditukar-tukar untuk menonton kedua-dua siaran yang menarik tersebut...sebelum menonton rancangan berkenaan, pastikan diri kita sudah bersiap untuk menunaikan solat maghrib atau ke suaru@masjid...barulah tidak kelam-kabut untuk menunaikan kewajipan kita nanti!~ :)

yanag baik datang dari ALKHA-LIQ

dan yang lemah itu datang dari MAKHLUQ

(sempat melihat seorang peserta sahaja beraksi, jadi saya memetik kata-kata peserta yang seorang ini iaitu adik Amin al-Hadi semasa mengakhiri persembahan beliau dalam rancangan Adik-Adikku petang tadi :))

Rabu, 9 Disember 2009

Flowers Are Red

wonderful lyrics...simple but very deep...=D








Flowers are Red (Harry Chapin)
by Zain Bhikha

A little boy went first day of school
He got some crayons and started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said.. What you doin' young man
I'm paintin' flowers, see!
Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
A way things should be done
You've got to show concern for everyone else
You're not the only one

She said...
Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen

But the little boy said...
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

Well the teacher said.. You're sassy!
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me.....

She said...
Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen

But the little boy said again..
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

Well the teacher put him in a corner
She said.. It's for your own good..
And you won't come out 'til you get it right
Responding like you should
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to the teacher
And this is what he said..

Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen...

Well time went by like it always does
He moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said...Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one

But that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him why
This is what he said...

Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen...

But there must still be a way to have our children say..
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one :)