Menjenguk wall Facebook ukhti Halimah dan blog beliau...maka mata ini terpandang video rancangan arab..Lau Ka-na Bainana~ Sekiranya Baginda di antara/bersama-sama kita..
tajuk menarik..apakah rancangan ini...dan hasilnya tak menghampakan, dipersilakan untuk menonton rancangan ini...dan insafilah diri sebagai hamba ALLAH,muslim dan ummat Baginda RasuluLLAH saw..bagaimanakah kasih kita kepada baginda..
Saya amat tersentuh hati apabila melihat bahagian yang akhir,
pernahkah kita terfikir soalan itu,
sekiranya baginda saw bersama-sama kita,
apakah yang ingin kita katakan kepada baginda saw???
soalan yang membuatkan kita rasa rindu kepada baginda..
sememangnya untuk bersama baginda adalah satu keinginan kita...
muhasabah diri, setahap manakah kita mentaati kata-kata baginda...dan menyayangi baginda...
Sedarilah, baginda sentiasa mengingati kita-ummatnya, walaupun kita tidak pernah bertemu dengan baginda saw,
dan Baginda pernah menyayangi kita sejak 1400 tahun yang lalu walaupun ketika itu kita belum menjejak ke bumi nyata...betapa kasihnya baginda saw kepada kita dan tidak sewajarnya kita mengingati baginda hanya pada MauliduRRasul saw..
ingin saya mengingatkan diri akan hadis ini :
Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya dalam satu majlis ilmu :
“Siapakah agak-agaknya antara makluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab; para malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya (nabi-nabi). Tidak juga, kerana para anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf dan mereka juga adalah golongan yang maksum(terpelihara daripada membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang selepas kamu yang hidup tanpa melihat aku (kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan Al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka”.
Dalam riwayat hadis yang lain: Imam Ahmad,Imam Bukhari, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan bahawa ;” beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku(Nabi hanya mengungkap sekali sahaja) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku” (diungkap baginda hingga diulang sebanyak tujuh kali).

sesungguhnya baginda saw telah kasih kepada kita-ummatnya sebelum kita lahir lagi...
muhasabah
~Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi Muhammad~