Ahad, 28 Disember 2008
Selasa, 23 Disember 2008
Kucing, Qittun, Cat

Berikutan itu, penulis memaparkan serba sedikit berkaitan kucing. Kucing. : Dikenali sebaga

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan.
Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna.
Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.
Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah.
( macam kucing penulis sendiri mempunyai kemahiran membuang air di dalam tandas apabila ia mahu buang air, yang pasti, kemahiran ini tidak kami ajar kepada ia sekeluarga...hehhe )
Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.
Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota.
Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil.
Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
Dan maka adalah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw sayang pada kucing. Baginda pernah mencela seorang wanita kerana menyiksa haiwan yang manja itu sehingga mati.Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hurairah. (Bapa Kucing).
Adapun cerita kucing penulis, ia merupakan kucing yang telah dibela secara bergenarasi.
Keluarga penulis telah memelihara mereka sejak datuk moyang mereka lagi, lalu mereka berkembang biak membina umpama satu pasukan bola yang hampir handal. Setiap generasi ada keistimewaannya tersendiri. Ada generasi yang memastikan rumah kami tidak berpenghunikan bersama tikus, ada generasi yang penuh
Mengimbau kenangan bersama kucing,mereka banyak memberi kami kelapangan fikiran apabila mereka menonjolkan kejinakan mereka kepada kami, erm, lebih-lebih lagi apabila mahu meminta makanan! Biasa la tu ek?
Meleret pula, di sini penulis suka mempostingkan gambar-gambar kucing yang penulis dapat daripada emel. SubhanaLLAH, sungguh menakjubkan ciptaan ALLAH ini...indah songgoh! waLLAHUa'lam
berkaitan kucing :
http://latiptalib.blogspot.com/2004/06/seekor-kucing.html
tentang Abu Hurairah :
http://www.hudzaifah.org/Article275.phtml
Selasa, 9 Disember 2008
Salam 'Iedul Adhha 1429H
'alaihi wa sallam telah bersabda: Shaum/puasa itu ialah pada hari kamu berpuasa, dan (Idul) Fithri itu ialah pada hari KAMU BERBUKA. Dan (Idul) Adha (yakni hari raya menyembelih haiwan-haiwan korban) itu ialah pada hari kamu menyembelih haiwan".
SHAHIH. Dikeluarkan oleh Imam-imam : Tirmidzi No. 693, Abu Dawud
No. 2324, Ibnu Majah No. 1660, Ad-Daruquthni jalan dari Abi Hurarirah .. Dan lafadz ini dari riwayat Imam Tirmidzi.
Tahun ini solat 'Iedul Adhha agak berlainan dengan tahun-tahun yang lalu yang pernah dijalankan di dataran HAMAS ini kerana solat 'iedul Adhha dijalankan dengan 2kali solat.
Oleh kerana cuaca kurang mengizinkan untuk solat di dataran HAMAS, maka pihak penganjur telah menjadikan musolla HAMAS sebagai tempat solat suna 'Iedul Adhha. Namun musolla HAMAS tidak dapat menampung sejumlah yang ramai orang yang hadir untuk solat sunat 'Iedul AdhHa beramai-ramai. Maka pihak penganjur telah mengadakan dua solat sunat 'iedul Adhha.
Solat sunat 'Iedul Adhha pertama bagi kaum muslimat yang di imam kan oleh Ustaz Faisol bin Sheikh Mohamad. Diikuti selepasnya solat sunat 'Iedul AdhHa begi kaum muslimin yang di imam kan oleh Ustaz Zulkifli bin Ismail. Selepas itu sesi khutbah dijalankan di dalam musolla HAMAS.
Majlis Korban telah dijalankan pada pukul 10.30 pagi dalam keadaan hujan. Walaupon cuaca agak suram namun ibadah korban ini tetap dijalankan dengan jayanya. Bagi penulis, sambutan 'iedul Adhha pada kali ini di dataran HAMAS agak berbeza dari tahun lepas kerana kehadiran manusia atau jama'ah di sini agak kurang dari tahun yang lepas. Mungkin kerana faktor cuaca. Berikut ialah antara gambar-gambar yang mungkin boleh menggambarakan sambutan 'iedul Adhha 1429H di dataran HAMAS/KOMPAJ.
3 ekor lembu yang sedang bersedia untuk disembelih dan dikorbankan.
Kelihatan abah penulis sedang memasang payung besar di dalam hujan untuk tempat memotong daging korban nanti.
Berdarah-darah. Lembu yang sudah siap disembelih akan dipotong-potong dagingnya di sini..
Sementara menunggu daging dan tulang menulang dan belulang serta seangkatan dengan nya, muslimat yang terdiri daripada pelbagai golongan menyiapkan bahan-bahan untuk membuat sup bagi santapan di waktu tengahari nanti.
Sup siap di buat pada pukul 2 lebih. walaupun agak lewat menyiapkan sup,namun hasilnya memuaskan..Sodap dimakan! Urusan kerja ditangguhkan apabila kedengaran suara azan meneru insan mengadap yang Maha Esa. Solat jama'ah didirikan di imam kan oleh Mejar (B) Jasme. Setelah itu jama'ah bertakbir.
Setelah segala urusan membahagikan daging dan membungkusnya bagi dihantar kepada pihak yang sepatutnya, majlis telah memberikan sedikit buah tangan kepada ahli kerja Majlis Korban dan AJK Majlis Korban. Kemudian, penganjur telah membahagikan daging kepada beberapa oragng yang bertanggungjawab untuk menyebarkan daging korban kepada mereka yang layak mendapatkannya. Majlis selesai pada pukul 3.30 petang (lebih kurang la...) dengan jayanya setelah kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Untuk keesokan harinya, Majlis Korban PASTI Nurul Iman akan dijalan kan di kediaman penulis.
Diharap pengalaman hari ini dapat memberi manfaat untuk menghadapi hari esok.
Buat Ukhti Kabierah di Misr, sbenarnya post ini untuk ukhti bagi berkongsi sambutan yang kami jalankan di Hari Raya Korban ini. Moga boleh memberi makna kepada ukhti di Misr.
Ingat pesan abah, jangan rindu-rindu sangat dekat kami di sini. Teruskan perjuangan.
Buat pembace, 3mas dan smoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan gambaran sambutan Korban di dataran HAMAS Jasin...Tempat anda bagaimana?
Salam 'iedul Adhha buat semua.
(sudah lama tidak menge post terasa janggal untuk menghasilkan cetusan minda sempena 'iedul Adhha...)